Throwback Thursday: Bandar Sarikei

Belum habis lagi gambar-gambar di Sarikei untuk diarkibkan di sini. Hihihi. Dah namanya playing tourist di negeri sendiri kan? Kenalah ambik gambar, nanti senang #theIMANs flashback balik. Depa ni sejenis yang suka nak throwback jugak ni.

Selesai minum pagi di Aik Seng Cafe, kami jalan kaki ronda-ronda di sekitar pasar Sarikei. Objektif utama nak tengok terminal bot ekspress dan juga buah nenas yang menjadi trademark Bahagian Sarikei. Walaupun hari dah mula panas, hentam sajalah labu.


Ibu, ambik gambar kamek dengan pineapple lok. Haaaa... ok Alan.

Yok kita 0.5!!

Terminal bot ekspress yang beroperasi di sepanjang Sungai Rajang. Tapi sekarang dah kurang dah masa operasi bot ekspress ni sebab banyak kawasan dah dihubungkan dengan jalan darat. Kalau semasa Kapit belum ada jalan darat dulu, terminal ni memang antara terminal bot ekspress yang sibuk. Saya dulu pernahlah jugak naik bot ekspress ke Daro dari sini, masa tu untuk urusan rasmi, supervise pelajar praktikal. Merasa jugaklah naik bot ekspress dengan orang bawak ayam dalam ekspress. Hehehe.

Sunyi, tak banyak bot ekspress parking. View Sungai Rajang, iaitu sungai yang terpanjang di Malaysia.

Tebingan Sungai Rajang. Dulu-dulu pagi-pagi area sini terpaling meriah kata Encik Suami, sebab dulu Encik Suami pernah posting di Daro dan Sarikei ni antara bahagian yang terdekat untuk shopping dan urusan bank. 

Menara jam Sarikei

Market lama Sarikei, market baru kami lalu saja masa cari hotel, besar daripada ni.

Blok kedai bersebelahan Aik Seng Cafe

0.5 lagi. Hahaha!

Rasanya semua gambar road trip sehari semalam kami Kuching-Sarikei telah diarkibkan di sini. Boleh dah move on dah. Hehehe. Tapi kan, gambar trip di  Bahagian Miri, Jun 2022 masih lagi banyak belum diarkibkan di blog. 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Sekali-sekala jalan2 di negeri sendiri seronok jugak, Mim. Kalau di Johor replika nenas tu boleh jumpa kat Pontian.

    ReplyDelete
  2. Rindok nanggar playing tourist di Sarikei. Kmk pun lom sampai Sarikei, setakat melimpas adalah.

    ReplyDelete
  3. Baru tahu Sarikei terkenal dgn nenas..
    Sy pun cerita CH belum sempat lagi diarkibkan semuanya Kakmim.
    Lately update entry santai je :)

    ReplyDelete
  4. banyak nenas di sini ya...seronok jalan2 meneroka tempat sendiri..

    ReplyDelete
  5. Daerah Malaysia yg belum pernah saya jejak lagi 😁. Makanya nak bikin plan eksplor Kuching, Sabah, Serawak nanti kak. Vibe nya beda dengan kota2 Malaysia di semenanjung yaaa 👍..

    Baguuus lukisan mural di dinding tuh. Nampak real ❤️

    ReplyDelete
  6. X keluar dari negeri dan explore negeri sendiri pun should be ok kan..SA nama je org NS tapi NS pun x abis explore

    ReplyDelete
  7. ingat kt johor je ada nanas besar gitu kak

    ReplyDelete
  8. Cantik nanasnya tu Mira.
    Di Sabah ada nanas besar di bulatan Tamparuli.

    ReplyDelete
  9. kalau naik bot ekspress dgn jln darat ke Daro berapa perbezaan masa antara keduanya?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form