Salam hari raya korban buat semua. Quick update dari henfon sebab nak ambik mood melipat baju yang dah berlonggok dah. Petang ni kami lepak di rumah je sebab tak jadi buat korban lepas zohor tadi. Boleh pulak lembu kitorang lari, dah terpaksa pulak orang kejar dia. So majlis korban kami ditangguhkan ke esok pagi. Harap-harap dipermudahkan semuanya esok. Liar sangat pulak lembu kami ni. Hihihi.
Ingatkan hari ni sibuk dengan korban so tak plan masak macam-macam sangat. Rendang daging dah masak malam tadi, bahan-bahan untuk lontong pun dah beli tapi malasnya alahai pagi tadi. So ada rendang daging dan kari ayam je lah untuk santapan hari ni. Kari ayam lebihan berbuka puasa petang semalam. Ok lah kan, ada jugak untuk makan dengan ketupat, lemang dan kelupis.
Lemang betawi dan kelupis. Beli semalam di medan niaga Kubah atau lebih dikenali pasar minggu.
Ketupat lemak masin Sarawak, beli je di market place FB.
Nasi beriani kari kambing Adabi.. adik (Mak Aydin) yang masak. Awal dia pesan tak payah masak nasik, so kitorang sistem barter je, macam biasalah. Hihihi.
Kek lapis kukus.. harimau belang. Rasa horlick-koko. Sedap moist je sebab dikukus. Order saja ya, angin rajin tak kunjung tiba.
Ketupat frozen daun palas. Tercapai jugak keinginan Awan nak makan ketupat Upin Ipin. Sekali try, nak lagi, sedap katanya.
Begitulah cerita kami di raya haji 2023. Pagi tadi masa solat aidil adha di masjid ada jenazah di ruang solat lelaki. So selepas solat dan khutbah, jemaah pun bersolat jenazah pulak. Al-fatihah buat allahyarhamah.
Selamat hari raya aidiladha
ReplyDeleteLaaa... Lari pulak lembunya ya. Yg viral kat TT tu ke lembu Mim? Hahaha.. semoga ia selamat dikorbankan hari ini.
ReplyDeleteSalam Aidil Adha utk Kakmim sekeluarga.
ReplyDeleteRamailah yg solatkan jenazah beliau, bertuahnya...
Selamat hari raya idul Adha..maaf telat ya kak🙏...wah banyak juga menu lebarannya
ReplyDeleteawat la mrka x tambat lembu tu? kan dah kena postpone? mungkin lembu tu tahu dia akan disembelih.. harap dah settle korban tu..
ReplyDeletesapi yang bijak akan lari bila tauk mok kenak sembelih...biar manusia ada kerja tambahan sikit hehehe
ReplyDeletekek lapis kukus dan lemang betawi semua tampak lezat...nasi beriani kambing pun tampak gurih. Selamat aidil adha kak mim ^^
ReplyDeleteSalam Aidiladha..Teringat raya korban sebelum kahwin dulu, en. suami dan family buat korban sendiri². kita ni mesej dia tak balas², rupanya sibuk mengejar lembu terlepas 😅😅 mujur zaman tu FB, suam² kuku je. Kalau tak mesti dah viral 🤭
ReplyDeleteselamat hari raya kak mim! boleh pulak lembu tu lari eh..hahahah..
ReplyDeletewaaa lembu larii ehhh hahah . mesti dia lega kejab sampai keesokkan hari tu haha
ReplyDeleteComel jew ketupat lemak masin Sarawak.
ReplyDeleteSedapnya kek lapis kukus harimau belang!
Macam-macam jenis ketupat ada, meriah!
ReplyDelete