Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Terung Asam

Dah lama dah mengidam masak lemak cili api daging salai. Baru-baru ni biras saya bagitau ada orang jual daging salai ni, so saya terus je order. Lama dah tak jumpa orang jual daging salai ni. Nak beli dari Shopee malas pulak. Asyik tengok je kak SA masak lemak cili api, akhirnya dapat jugak merasa hari ni. 

Selalunya orang campur belimbing tunjuk dalam masak lemak daging salai kalau tak silap sayalah. Tapi kat area rumah saya jarang jugaklah jumpa belimbing tunjuk ni so saya campur terung asam jer. Terung asam ni rasanya masam-masam. Ada jugak orang panggil terung dayak. Terung ni mahal, sebijik kecik pun dah mencecah RM5. Tapi memang sedap, favourite saya ni.

Hari ni mood nak menumbuk guna lesung, so blender boleh rehat hari ni.

Pati santan segar tak ada, no hal. Kita guna je santan kotak. Saya memang suka jenama Kara ni.

Kaler tak berapa kuning sangat, macam dah banyak letak kunyit hidup tapi tak naik jugak kuningnya  😂 takpelah janji sedap mengancam.

Kalau saya makan masak lemak wajib ada sambal belacan. Saya buat sambal belacan siam untuk gu kan dengan masak lemak saya hari ni. Sambal belacan versi Sarawak tak macam ni, kalau kat Semenanjung memang wajib ada sambal belacan ni kalau makan kat kedai siam kan?

Kalau kuningnya lagi pekat baru feeling makan kat Melaya 🤭 selalu masak lemak kat sana memang kuningnya terang kan? Bab ni saya masih lagi failed, tak cukup kunyit 😂 Takpe, nanti kita cuba dan jaya lagi. Saya suh Encik Suami hantar kat rumah mak sikit untuk diorang makan tengah hari. Fuh, berpeluh Encik Suami makan balik solat Jumaat. "Cabik apa pakei kitak tok Yang?" Hahaha. Masak lemak pedas, sambal belacan pun pedas, hari pulak panas. Memang terangkatlah 🤭😂

 

17 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Haha..baru la terangkat semua menu pedas, cuaca pulak panas..

    ReplyDelete
  2. Sambal belacan tu yang membuat lagi syahdu apabila makan nasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Makan kari pn kena ada sambal belacan.. asal masak bersantan mmg sedap kalau gu dgn sambal belacan

      Delete
  3. uiiii sedapnyaaaa masak lemakkkk👍👍👍

    ReplyDelete
  4. Nang antap 👍🏻 Resipi olahan dikpun, pakei terung asam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lemak cili api versi serawak 😂😂🤭🤭

      Delete
  5. mak aisshh tertelan airliur...sambal belacan sarawak macam mana kakmim?

    ReplyDelete
  6. Jadi tu, kakmim. Nampak sedap! Belimbing tunjuk tu, belimbing buluh yang saiz kecik tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ya.. belimbing buluh.. sini panggil belimbing tunjuk 😂😂

      Delete
  7. Mujur sy di Semenanjung Kakmim, kalau tak dah tumpang makan sepinggan dua dah haha...

    ReplyDelete
  8. waduhhhh waduhhhh daging salai + sambal belacannn menduga imanku hehehe

    ReplyDelete
  9. sedap tu daging salai masak lemak

    ReplyDelete
  10. Terliur....terung dayak tu sedap kan kalau masak lemak cili api..masak asam pedas pun nyaman tok🤭

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form