Makan Aiskrim di IG Aiskrim

Balik dari Kumon Sabtu lepas kami 5 beranak berjoli tanpa Ayah. Lama pulak tak berlima macam ni. Dulu masa Ayah di Putrajaya biasa je kalau kami berlima. Kadang-kadang adalah jugak adik saya join sekali. 

Sebelum balik rumah kami lepak makan aiskrim dulu. Cuaca panas pekena aiskrim memang heavenlah kan? Saya belikan 2 je untuk share-share. Kalau makan share-share ni selalunya sedap. Kalau beli sorang satu mesti ada yang tak habis. Lebih baik beli sikit dan share-share. Bak kata Encik Suami, lebih berkat bila makan berkongsi adik-beradik. Semoga sampai ke tua nantilah mereka ni bila makan ingat adik-beradik yang lain.

Milo ice cream dengan gulapong dan juga ada Milo Crunch. Dah lama dah nampak menu ni tapi belum pernah cuba.

Biasa je, saya macam biasa tak berapa suka manis. So-so je lah bagi saya.


Lepas tu kami beli Chocolate Bubble Milk Tea.. biasa je lah. 1 aiskrim, 1 air, ok lah. Baru je lepas lunch jugak.

Peminat coklat katakan, mesti order hat ni.


Alan biasalah makan... mesti menghayati.

Iman kena candid.

Walaupun beli 2 je tapi lama sungguh mereka nak habiskan, sembang lagi, bosan pulak Ibu menunggu tapi tunggu je lah untuk bonding time mereka adik-beradik.

 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. cuaca panas dpt layan eskrem tu sedap...

    ReplyDelete
  2. sekarang pun kan kalau dapat makan berebut dengan adik beradik ni nikmatnya lain macam

    ReplyDelete
  3. Ingatkan IG tu instagram... hehehehe

    ReplyDelete
  4. Buat anak-anak es krim memang sedaplah..tiada dua😀

    ReplyDelete
  5. Comel betul Alan!
    Nikmat sungguh makan ais krim.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form