Hello Ipoh

1 Jun dah, setengah tahun dah tahun 2023. Sarawak cuti umum 2 hari ni. Terus bersambung pulak dengan weekend Sabtu-Minggu dan cuti umum hari keputeraan DYPA. So far tak ada plan, cuma hari ni adik saya yang cikgu tu sewa kolam untuk anak-anak buahnya. Esok lusa tak tau lagi nak ke mana 🤷🏼‍♀️🤭

Jika cuti gawai tahun lepas kami ke Miri, hantar mak Aydin yang tranfer ke sana. Ini bermakna dah setahunlah PJJ journey family adik saya yang no 2 ni. Setiap hari Jumaat fly balik ke Kuching, pagi Isnin atau petang Ahad fly balik ke Miri. Begitulah, PJJ life.

Sesuailah dengan hari Khamis hari untuk throw back, ini kisah kami pusing-pusing bandaraya Ipoh selepas balik dari lawatan cuci mata di Gua Kek Look Tong. Macam tak puas pun ada sebab banyak spot yang instagramable di sekitar Concubine Lane. Mungkin nak saya repeat trip ke Ipoh agaknya kan?

Orang Ipoh familiar agaknya dengan dataran ni 🤭 Masa ni ada orang main bola kat padang di belakang sana, tak taulah sekadar latihan ataupun memang tournament. Inilah sebahagian ahli rombongan kaum hawa dalam bas kami dari Bagan Serai. Semuanya Sarawakian.. ooo haa!

Generasi mak-mak 😂

Bersama generasi anak-anak.. mak-mak semua sebaya tak? 😂

Banyak lagi spot yang best untuk bergambar tapi kami tak sempat nak jalan-jalan semua spot. Ada kang yang tertinggal tren nak ke KL 🫢

Orang-orang Perak, ada jalan-jalan area sini dak? Hahaha, takpe. Faham. Begitulah kami di Kuching ni, ingat saya pernah ke bergambar di mercu tanda bandaraya Kuching yang ada patung kucing berekor-ekor tu? Tak ada ok. Tengok jer orang bergambar kat situ. Biasalah macam tu selalunya kan? 😅

 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Betul la Mim, tempat selalu pegi kononnya, tu yg tak ada hati nak bergambar. Akak ada tau gambar dengan kucing2 batu kat Kuching tu, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata ulang tayang kasi throwback gambar tu kak? 🤭🤭

      Delete
  2. orang Perak ni belum jalan-jalan lagi di Ipoh...huhu...selalu balik perak, balik kampung je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. takpe 1 fine day kena jalan jugak ni playing tourist 🤭

      Delete
  3. Cuti panjang begini adalah rahmat buat pasangan PJJ...bagus kerajaan sekarang...selalu buat cuti panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan perpaduan tok nang murah hati mala berik cuti extra 🤭

      Delete
  4. Tu padang Ipoh Club. Saya pernah sampai, sebab ada event lari situ. Mungkin sebab area situ banyak bangunan lama, kan... Sesuai bergambar. Meriah gambar ahli² rombongan. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Concubine lane tu byk mural jugak tu yg best jalan kaki area situ sambil ambik gambar 🤭

      Delete
  5. Hahaha...setuju..
    Saya pun takda pic depan KLCC..🤣

    ReplyDelete
  6. concubine lane tu wajib dtg kalu da smpi ipoh ..

    cuaca ok x ms tu?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form