Drama Talam Dua Muka

Menjadi kebiasaan saya dan Iman, bila balik sekolah ada je topik yang kami bincangkan. Kadang-kadang cerita progress ujian, kerja rumah, gosip cikgu dan juga drama budak sekolah. Hahaha.

Topik hari ni kisah drama 1 geng bergaduh sampai kena tukar kelas. 1 sekolah pulak tu tau kisah depa ni sebab main update di IG story dan berlakulah kes jawab-menjawab sehinggalah viral 1 sekolah, bak kata Iman la. Sebab jadi viral kerana geng ni geng extrovert dan ramai budak-budak form lain juga kenal depa. Haaa.. layan. Akhirnya, sorang daripada geng ni pun dipindahkan kelas sebab cikgu cakap yang pemula update story di IGS ni ialah mangsa buli. Haa... tepuk.

Nasihat saya dengan Iman, dalam dunia ni tak semua orang sukakan kita. Mungkin ada yang pura-pura sukakan kita tapi di belakang kita rancak mengata kita. So jangan percaya orang 100% dan jangan cerita semua dengan orang yang kita rasa baik dengan kita. Bila orang yang bertalam 2 muka ni, kita cerita ABC nanti dia cerita ABCDEFG pulak dengan orang lain. Susah.

Orang nak mengata kita, katalah, kecamlah. Make dunno je, kita jaga hati kita sendiri. 




Alahailah. Budak-budak form 2 pun dah nampak true color jugak sekarang eh. Saya rasa masa saya form 2 dulu tak kisah pun dengan benda-benda gosip kelas/sekolah macam ni. Selalu borak pasal cerita Gilmore Girl, Superman atau Charm je bila dengan geng-geng di sekolah, tak ada pulak nak gosip-mosip bagai. Budak sekarang gosip-gosip sampai update status di IG lah, status whatsapp lah, kecoh! Hahaha.

Tambah saya lagi dengan Iman, kalau orang pura-pura depan kita, kita ada feeling tu. Kita boleh tau senyumnya yang fake ataupun cara percakapannya yang fake. Iman pun mengiyakan, betul Bu. Kamek pun ada feeling gia. 

So, kalau jumpa orang macam ni, buat biasa je. Jangan over, be profesional, sambung Ibu lagi.

Kebanyakkannya benda yang saya cakap dengan Iman semuanya dari pengalaman. Memang kita dapat 'rasa' bila orang tak suka kita, tapi nak buat macam mana kan? Kita pun tak boleh paksa orang suka kita. Nasiblah. Yang penting kita kena jaga hati dan mental health kita sendiri. Zaman now, mental health bukannya boleh main-main. Even pelajar sekolah sekarang pun ramai yang ada isu mental health.



 

17 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Budak² zmn millenia..bergaduh sampai begitu sekali..

    ReplyDelete
  2. Jgn kata anak f2 Kakmim, anak² sekolah rendah pun esp gegirls pun dah pandai bab² ni ... Kita pula rasa stress dengar cerita depa 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak sekarang advance... lebih² lg kalau yg dh ada acc medsos tu... byk diorang tau

      Delete
  3. sek rendah pun mim ada yg dah pandai hehee budak2 skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu cik nor... yg anak sy sekolah rendah lelaki so dia mmg cakap x suka kwn dgn pempuan sbb geng pempuan suka gosip.. hehehe

      Delete
  4. Bagus Mim borak dan bincang benda gini dengan anak.

    Dahsyat ya style gaduh budak zaman sekarang, yelah zaman medsos. Lebih kecoh jadinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. exactly mcm tu lah iman jawab kak.... zaman medsos biasalah bu katanya

      Delete
  5. Enak kalau anak bisa di ajak cakap"ya kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. cakap mcm kwn² biar dia bercerita dgn kita jgn org lain... hehehe

      Delete
  6. Zaman sekarang ni semua ada..buak tadika pun ada talam dua muka..Aydan tu selalu mengadu...kadang bila kita dengar macam kelakar kan..tapi xpe kita nasihatkan aje...budak2 kecik2 ni jenis cepat hadam...

    ReplyDelete
  7. zaman skrg ni lagi la apa2 sikit up terus kt media sosial.... dana dulu masa muda2 gitu gak, marah sakit ati up kt media sosial tp lama-lama dh tua ni malas dah. Jenis nak jadi apa tak suka aku ke apa gasakla sana hehehehe

    ReplyDelete
  8. budak2 zaman sekarang lain betul ngan kita dulu2 kan...

    ReplyDelete
  9. Macam sama jak cerita dgn biak sekolah Khayla tok. Bergaduh dalam IG, Whatsapp story, lekak ya nok sik puas hati tok pegi mengadu dgn cikgu kelas mintak pindah kelas alasan kena buli. Tapi Khayla padah end up agik juak sidak duak dalam kelas yg sama.

    ReplyDelete
  10. Zaman sekarang memang mencabar sebab zaman semua up di media sosial.. Seram..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form