Cuti gawai 1 Jun awal lagi dah adik saya yang cikgu tu cop tak boleh ke mana-mana sebab dia dah booking kolam untuk anak-anak buahnya mandi-manda di rumah. Port kalau sewa kolam ni memang kat rumah adik saya, Mak Aydin. Rumah kami memang 1 lorong tapi design tak sama, car porch diorang ada besar sedikit daripada car porch rumah kami so sesuailah letak di rumah Aydin. Aydin lagi syok sebab dia suka orang semua ada di rumahnya.
Tengok siapa yang paling ceria? Mestilah Aydin dengan senyum lebarnya sambil buat peace lagi tu.
Biasalah berendam dalam air memang lapar, keluar kolam cari makanan. Semalam mula-mula tu redup je tapi dah pukul 12 tengah hari macam tu panas giler. Lagi la seronok kazen-mazen ni semua.
Kita ready gelas untuk minum diorang buat main dalam kolam pulak. Geram je rasa nak join sama berendam tapi apakan daya.
Sementara kami di dapur menyediakan bahan untuk laksa Sarawak. Tangan bekerja mulut bersembang. Biasalah sembang adik-beradik memang banyak sangat topik tak pandai habis. Actually kuah dah awal lagi dah siap, tinggal nak meracik-racik isi ayam je. Ni confirm melaksa sampai ke malam jawabnya ni. Condiment habis boleh top up lagi, kuah laksa memang banyak memang cukup untuk makan sampai malam.
Fefeeling open house pulak sempena gawai lah kot. Hahaha!
Budak-budak kebulur lepas berendam sejak 9 pagi. BFF Awan dan Iyul makan pun tak boleh jauh. Sambil makan sembang lagi. Tak pandai habis jugak topiknya. 😂
Heaven bila makan ramai-ramai guna plastic bowl & plate. Sebab tak perlu basuh pinggan-mangkuk!! 😂😂 lepas makan laksa sambung healing sesambil tengok anak-anak berendam dan beraksi di kolam, ditemani kuih raya dan air tin, nak ambil feel raya kononnya. Nak karok mic pulak rosak. Hahaha. Sambung lagi mengulas isu rakan-rakan kami di Facebook. 🤭 Memang begitulah rutin kami adik-beradik dan mak bila lepak sama. Makan dan sembang. Lepas tu bapak sibuk juak pasang telinga dengar anak-anak perempuan bersembang. Kadang-kadang dia pun join sekali mengulas isu yang dibincangkan. Hahaha. Nasib baik anak menantu memang dah faham bini-bini yang banyak adik-beradik perempuan ni. Hihihi.
Alaa.. baru nak candid, tapi diorang perasan pulak. Alan mintak tolong Iyul bukakkan botol biskut. Memang kami dah ready macam-macam kat meja sebelah kolam. Lapar ke haus ke ambil je sendiri.
Budak penat berendam, boleh pulak dia tidur duduk. Alan, Alan. Terpaling champion semalam mestilah duo Awan dan Iyul, 5.45 petang baru keluar dari kolam sebab orang nak datang collect kolam jam 6.00 petang. Semuanya review happy & puas berendam semalam.
Tags
Family
biasalah anak2 seusia ini mmg suka berendam dlm kolam supa dupa. skrg ni boleh sewa..siap mrka dtg pasang n isi air..
ReplyDeleteItulah lg enjoy kt umh sendiri mkn minum free flow xde gangguan budak lain jugak
Deletebestnya mandi manda..
ReplyDeleteBudak² mmg suka ni 😅
DeleteYa baruk lelah gilak jak rupa Alan. Best juak aktiviti kedak tok, kedak raya pun ada hehe. Enjoy school holiday buat anak2 kitak!
ReplyDeleteYa la tek nya paling awal tumpas lepas keluar dr kolam 😂
DeleteHehe.. seronok, budak-budak mandi-manda.
ReplyDeleteSedapnya, tengok gambar close-up laksa sarawak tu...
Buat sendiri mmg puas mkn.. nk tambah suka hati je 😂
Deleteembiak nang happy gilak mun main aik...bagus juak ada kolam kedak tok...sik lelah mok pergi swimming pool
ReplyDeleteAok.. kedong sidak bertunggal rami x perlu ke sine main sama dirik jak dh rindok sidak
Deletewaduhnya kak.... menggoda sungguh lahai laksam sarawak itu
ReplyDeleteHehehe.. boleh la try buat dana
DeleteUiii..menu raya...
ReplyDeleteterliur pulak laksa sarawak..
Tapi lagi teringin kek lapis yang kuning coklat tu..kek lapis apa tu kakmim?
Kek lapis idola.. sedap tu kak.. yg bhgn tgh tu rasa coklat
DeleteSeronoknya mandi kolam panas2 ni..kita yg tua tgk kat tepi pun rasa nak joint sekali
ReplyDelete..hehe
Betul tu kak fiezz... bestnya kalau join sekali
Deletesedapnyaaaa laksaaaaa nak semangkuk👍👍👍
ReplyDeleteHahaha 😂 nahhh
DeleteAsik ya Mbak kalau hari libur kerja diisi dengan kegiatan bersama keluarga. Melihat anak-anak riang bermain, rasanya senang dan bahagia kita sebagai orang tua.
ReplyDeleteHmmm...penasaran dengan laksa Sarawak. Disini juga ada makanan namanya laksa, tapi sepertinya berbeda dengan apa yang saya lihat pada foto Mbak.
Salam,
Tak pernah lg rasa laksa Sarawak kak..
ReplyDeleteArea putrajaya ada kedai jual laksa sarawak ibu.. jalan area sana leh jjcm 😅
DeletePerghhh..Seronokkk tuh!!! Memang enjoy habisss.. Puas hati!!! SEDAPNYA LAKSA SARAWAK!!!!!
ReplyDelete