Cinta Terbaik - Cover by Iman

Waktu rehat tengah hari saya memang digunakan sebaiknya untuk mengambil Iman dari sekolah. Itu pun jika saya tiada kelas atau meeting di sebelah petangnya. Kalau kelas saya mula jam 2 petang, memang tidaklah saya dapat mengambil Iman di sekolah. 

Selalunya soalan saya bila Iman masuk dalam kereta, how's your day? 3 patah perkataan tu je. Nanti memang panjang lebar lah dia akan menghuraikan how's her day dari 6.30 pagi di sekolah. Begitulah. Hahaha.

Topik hari ni entah tetiba masuk bab lagu padahal hari ni tak on pun radio dalam kereta. Iman ceritalah dia dan BFFnya selalu suka lagu yang sama. Contohnya macam dia minat Laufey dan dia introduce lagu Laufey pada bffnya, terus bffnya pun suka jugak lagu-lagu dan muzik Laufey. Memang lain sikit taste Iman bab muzik ni, memang bukan genre saya. Hahaha. Hari tu dia ada tanya bffnya, tau tak lagu Cinta Terbaik? Iman kata dia tak sangka bffnya pun tau lagu dari Cassandra tu dan mereka berdua pun menyanyilah lagu tu bersama. Oh, ya bff Iman ni baru kenal masa di sekolah menengah, sebab mereka bukan dari sekolah rendah yang sama.

Lagu Cinta Terbaik ni salah satu lagu karaoke Ibu. Hihihi. Bila selalu dengar, Iman pun sukalah. Dulu-dulu masa sekolah rendah Iman ni memang suka menyanyi, bersyair, bersajak, bercerita, dia sejenis yang takde stage fright masa di bangku sekolah rendah tapi sejak PKP semuanya berubah, mungkin perubahan hormon kanak-kanak ke remaja jugak kot. Karok pun dia taknak dah sekarang, puas pujuk dia takmo, tapi takpe Alan dah pandai karok. Takdelah Ayah Ibu je yang melalak menyumbangkan suara kan. 


Cinta Terbaik - Cassandra

Jujur saja ku tak mampu
Hilangkan wajahmu di hatiku
Meski malam mengganggu
Hilangkan senyummu di mataku
Kusadari aku cinta padamu
Meski ku bukan yang pertama di hatimu
Tapi cintaku terbaik untukmu
Meski ku bukan bintang di langit
Tapi cintaku yang terbaik
Jujur saja ku tak mampu
'Tuk pergi menjauh darimu
Meski hatiku ragu (uh-uh)
Kau tak di sampingku setiap waktu
Kusadari aku cinta padamu
Meski ku bukan yang pertama di hatimu
Tapi cintaku terbaik untukmu
Meski ku bukan bintang di langit
Tapi cintaku yang terbaik
Oh, meski ku bukan yang pertama di hatimu
Tapi cintaku terbaik untukmu
Meski ku bukan bintang di langit
Tapi cintaku yang terbaik
Oh, meski ku bukan yang pertama di hatimu
Tapi cintaku terbaik untukmu
Meski ku bukan bintang di langit
Tapi cintaku yang terbaik (cintaku yang terbaik)
Tapi cintaku yang terbaik (cintaku yang terbaik), oh-oh
Tapi cintaku yang terbaik

Dulu.. masa zaman PKP yang bersambung-sambung tu, untuk mengisi masa lapang, Ayah suka-suka rekod video dan upload di Youtube. Dah tahun 2023 baru teringat nak letak di sini video Iman cover lagu Cinta Terbaik. Sekarang nak request dia nyanyi jangan haraplah. Tapi balik sekolah hari ni kami berdua dah puas melalak dah dalam kereta. Ish, lama pulak tak pergi karok, eh. Hahaha. 


Enjoy dan komen ya. 

 

3 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. wahhhh berkarok sakan ya...

    terbaiklah! sesekali layan konsert sendiri kan hehehe

    ReplyDelete
  2. Wah.. syok owh berkarok dalam kereta.. kikiki..

    ReplyDelete
  3. wahhhh Iman... sedap suaranya.
    gighlah acik buka youtube!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form