Check In di Oriental Evermore Hotel

Sambungan kisah Hello Sarikei

Sampai je kami di Sarikei, kami ronda 1 pekan dulu nak carik hotel. Nama pun pergi macam tu je, memang takde booking hotel atau homestay. Tapi saya memang dah target 1 hotel yang sebetul-betulnya hotel di situ. Di Sarikei ada 1 je hotel yang proper yang selalu government guna untuk function atau kursus. Lain-lain hotel setaraf inn je. Bukan taknak duduk inn tapi lebih kepada nak keselesaan. Iyalah dah driving jauh mesti nak tempat rehat yang selesa. Nak puaskan hati Encik Suami biar dia call semua hotel. Padan muka hotel-hotel 'legend' di situ semua fully booked. Orang masih gawai kan, cuti pun masih panjang. Sebab tu semua penuh. Last-last kami check in di Oriental Evermore. 

Orang di situ panggil OE Hotel je. 

Sebenarnya saya ada call hotel ni masa dalam perjalanan ke Sarikei tapi tak book pun, saja call tanya rate je. Bila Encik Suami call OE Hotel ni, tinggal 1 je bilik available. Family room pulak not available. Terus je book dan kami pun terus gerak ke OE Hotel. Masa tu jam dah 5.00 petang dah. OE Hotel takdelah jauh dari pusat bandar Sarikei, hotel ni area new township, lot rumah kedai baru. Depan hotel ada pasaraya Doraemart. Kat Kuching tak ada pasaraya ni. So saya bagitau Awan Alan Abang, apakata bergambar dulu dengan Doraemon dan Nobita.

Sebenarnya semua watak dalam cerita Doraemon pun ada tapi diorang semua berkumpul dekat Doraemon je. Sebab Doraemon paling cute kata diorang.

Penat pujuk Awan berdiri sebelah Nobita. Sizuka, Giant, Sinyu diorang takmo layan pun.

Lepas selesai bergambar dengan Doraemon, barulah saya menjengok Encik Suami yang sedang tunggu turn check in di lobi. Masa ni ada seorang lelaki jugak bersusun di belakang Encik Suami. Bila tiba giliran dia, saya dengar receptionist bagitau bilik dah penuh, takde yang available. Nasiblah kami terus book dan gerak ke hotel.

Sempat bergambar di lobi hotel.

Ini je bilik yang available, 1 katil quuen dan 1 katil single. Nasib baik lantai jenis laminated floor, bukan tile. Kami  memang ready 1 sleeping bag in case kan. Encik Suami cuba call tanya extra tilam tapi housekeeping dah balik dah, takde syif malam, so memang terpaksa sorang berkorban tidur guna sleeping bag.

Toilet not bad, bersih, itu yang pentingnya.

Alan berangan nak ada bath tub, Alan ni memang taste tinggi. 
Ni dah ada shower yang berfungsi dengan air yang deras pun dah syukur.

Comel je, syampu dan conditioner je. 
Lepas dinner saya ke Doremart beli shower gel dan syampu untuk seisi keluarga, barulah puas mandi.

Balik dari Doremart snap gambar OE Hotel dari pandangan depan.

Overall, Alan bagi 3 haa untuk OE Hotel.
Review Alan ni memang boleh pakai.
Dia memang ada high taste sikit berbading kakak dan abang-abang.
Mungkin anak bongsu kot, tak taulah, hahaha.


 

21 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kali nya dah penah cerik diam di hotel ada bathtub nak, yalah semua dibandingkan dengan hotel ada bathtub ya haha. Alan, Alan... Ok la not bad la ada hotel giya di Sarikei nun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah.. sibu bintulu miri x dpt dibandinglah mmg dh advance gik.. alan ya nang.. mkn di luar pn sama taste kayangan ajak 🤦‍♀️

      Delete
  2. Pertama kali dengar, Doremart. Hehe, comel la!
    Alhamdulillah, rezeki ye, ada bilik kosong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau xde bilik kosong kena gerak ke next daerah rasanya.. hahaha

      Delete
  3. Alhamdullilah masih kebagian kamar ya kak...yang penting kamar bersih dan nyaman ,kalau terlambat sedikit saja seperti yang antri di belakang sudah tak kebagian lagi

    ReplyDelete
  4. Doremart...baca memula Doremon🤣
    Baca sana sini semua pakat check in hotel ni...jeles saya🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu ada dutanya... ahli keluarga doraemon.. hihih

      Delete
  5. namak cantik dan kemas hotelnya. yg penting ada doraemon hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. doraemon sizuka nobita giant sinyu semua ada mama.. hahaha

      Delete
  6. Inilah hotel yang belum saya pergi...biasa pergi hotel bajet jer hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah try... ada free breakfast juak.. sedap cafenya

      Delete
  7. Okay, nampak cantik dan bersih hotelnya. Di Seri Malaysia GH yg kami stay tu, dah kira family room dah bilik 1 katil queen + 1 katil single ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sini family lg besar dpd bilik kami dpt ni

      Delete
  8. Seronoknya dapat jalan2 ke Sarikei. Dulu, kita ada berkenalan melalui majalah dgn org Sarikei. Tapi sekali ajelah erutus surat, kah kah kah, kelakar bila diingat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. lucu kak.. berkenalan dr majalah mangga ke? 🤭🤭

      Delete
  9. Seronoknya jalan-jalan.
    Plan kami ke Brunei & Sarawak cuti sekolah minggu lepas tak menjadi...huhuuu.
    In syaa Allah ada rezeki untuk ronda Sarawak.

    ReplyDelete
  10. orang sarawak pakat serbu bercuti kat sarikei ke ni sampai penuh hotel? dasatttt tu...kalau org semenanjung dtg entah mcm mn laa agaknya...😁

    ReplyDelete
  11. kamar tampak nyaman untuk staycation

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form