Kek Butter Cheese Mita

Sekarang, trend orang balik dari Kuching dah tak bawak kek lapis dah.
Ada tu adalah, tapi sekarang orang lebih suka 'angkut' Mita Butter Cheese Cake ni.


Sekotak ni RM16.90 (Jun 2023).
Sebelum ni harga RM13.90 kalau tak silap.
Kek ni cepat sold out. Malam jangan harap masih ada di display rack tu.
Kalau baru keluar dari oven, aromanya memang semacam, iyalah butter dan cheese bersatu.
Ingat lagi dulu Encik Suami balik kerja singgah di Mita nak beli roti.
Oh ya, Mita Cake House ni kedai bakery yang agak well known di Kuching.
Masa tengah queue nak bayar, kek-kek ni pun keluar dari kitchen.
Dia kata ramai customer ambik, yang masih panas-panas tu.
Ada ambik 2 loaf, ada ambik 3.
Masa tu dia tak tau butter cheese cake ni memang viral.
So dia ambik jugak, ikut customer lain ambik. Hahaha.
Excited je dia balik rumah cerita.
Saya tau lama dah, sebab dari kecik memang dah makan kek ni.
Cuma baru sekarang kek ni jadi viral.


Sekarang kalau orang HQ atau orang dari Semenanjung ada urusan rasmi di Kuching, kami tapaukan butter cheese cake ni je. Sonang.

Kotaknya ada kucing comel ni. 
Senang kan nak bagi kat orang sebagai gift, sebab memang dah siap dalam kotak

Tengok tu Mita Cake House ni memang dah lama wujud, sejak saya belum lahir lagi dah ada.
Kek aiskrim di sini pun sedap jugak.



 

20 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Mesti sedap, butter cheese cake, sebab laku keras.
    Mita cake house, sama umur dengan saya. Wah, kek aiskrim pun ada, ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh... sebaya nur rupanya... hihihi... ada jugak... rate dia x la sekayangan BR tp not bad sedap

      Delete
  2. Tarikan baru buat pengunjung ke Sarawak

    ReplyDelete
  3. Ishhh..tengok pun dah nampak sedap. Nampak dia punya moist tu..

    ReplyDelete
  4. Kalau kek panas2 memang laju la... kalau di JB ni, org suka beli kek pisang kat satu kedai tu buat buah tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy kalau dr KL pun akn beli kek pisang jugak kak... selain dpd roti gardenia... kek pisang yg sama ke ek? hihihi

      Delete
  5. Aih, nait agik harganya. Kmk balit raya ariya beli RM15 sekotak. Tok dah naik RM16.90 duhal. Dolok bukan RM10 kan reganya? Tapi nang nyaman la kek tok, kmk pun one of org2 nok berangkut kek butter mita, bukan embak kek lapis 😅

    ReplyDelete
  6. butter cake selalu jg makan, butter cheese tak pernah lg...oo..dah lama di pasaran...lejen ni..

    ReplyDelete
  7. Ammi tak pernah try lagi tapi ada kawan ammi yang jadi agen kek ni di Nilai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah bagus ada agen di nilai... boleh try nnt ni ammi.. mmg sedap

      Delete
    2. sapa kawan yg jadi agen tu? camne nak contact dia?

      Delete
  8. waaaa sedapnya!!! saya peminat butter cake :)

    ReplyDelete
  9. butter + cheese = kombinasi mantap... pasti sedap tu!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form