Biskut Lidah Kucing


Tak pernah pulak saya jumpa orang jual biskut ni, labelkan dengan nama "Lidah Pusak" macam ni. Selalunya memang seller labelkan dengan "Biskut Lidah Kucing". View ni saya ambil masa berhenti rehat di simpang Saratok semasa on the way ke Sarikei 2 minggu lepas.

Sebenarnya. Ada kisah lucu di sebalik gambar ni. Lepas order waffle dengan akak seller tu, saya terus buat pembayaran, sekalilah dengan sebotol biskut lidah kucing ni. Dia pun gelak-gelak kecil lalu bercerita,

Akak seller: Tauk kitak, ada ria orang nanyak kamek biskut ya dipolah makei lidah pusak kah?
Kakmim: Aih, aih, menar kah?
Akak seller: Aok, sik pernah juak urang nanyak kamek gia, ne ndak mun molah kueh tok tergisin-gisin lah kamek ngenang cerita tok.
Kakmim: Aok eh, lucu bah. Nang ada, abislah lidah pusak gia.

Kami pun gelak bersama.

Memang lucu, akak seller tu cakap ada customer tanya dia betul ke biskut tu dibuat daripada lidah kucing? Hahaha. Sebab tu masa dia buat biskut tu, pasti dia akan tersenyum sorang mengenangkan soalan daripada customer tu. Kalau benarlah biskut lidah kucing ni dibuat daripada lidah kucing yang betul-betul kucing tu, berapa ekor kucing entah yang jadi korban. Hahaha!
 

18 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. ada jugak ek org yg berpikir gitu hahahah, abis cucur badak tu adakah ada badaknya

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Mmg x pernah terfikir langsung pun pasal lidah kucing meow ni... hahaha

      Delete
  3. Pusak tu kucing la ya dalam bahasa Sarawak?

    ReplyDelete
  4. alaa nak tengok mana rupanya Min, tak jelas duk dalam balang tu hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak lupa nak ambik gambarnya... sekali #theIMANs serbu memang habislah tak dapat dimaafkan.. makan dalam kereta pulak tu

      Delete
  5. baru nak tanya pusak tu apa? baca komen ujie...ooo...

    ReplyDelete
  6. Hahahahahah.. boleh pulak dia terfikir macam tu. Sy pulak sejak dulu fikir, kenapa diorang buat warna-warna, namanya lidah kucing, lidah kucing tak warna-warni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah.. bayangkan lidah kucing warna-warni.. scary jugak tu 😂

      Delete
  7. Hahaha.. lawak juga. Sampai begitu sekali orang fikir. Saya tak pernah cubalah biskut ni. Ada nampak orang jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap.. ia cair di mulut.. tp kalau terlalu manis x sedap.. yg kami beli hari tu nice saja manisnya.. manis² buah gitu

      Delete
  8. hahahaha, seram kalau bebetul lidah kucing..
    tapi biskut ni sedap kann..
    dah lama tak makan uhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kalau manisnya just nice.. dan cair di mulut 👍🏻

      Delete
  9. anak2 akak suka betul biskut ni, tapi tahun ni beli dari baker yang sama, keras pula tekstur dia.. dok ada lagi dalam balang huhu...

    ReplyDelete
  10. Kue lidah kucing nya cakep ya warna warni gitu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form