Semalam hari ayam. Ertinya menu semalam lauk proteinnya ialah ayam. So balik ambik #theIMANs dari rumah nenek, on the way balik ke rumah kami diskus dalam kereta. Topiknya, ayam nanti nak dimasak lauknya macam mana.
Kakak: Tak nak kari, tak nak masak kicap.. boring
Abang: Tak nak kari Bu.... asyik kari, kari, kari
Awan: Kari lah Bu
Alan: Kari sedap
Sebenarnya Ibu pun dah boring masak kari. Kari, kari, kari. Kicap pun sama, kicap, kicap, kicap. So Ibu terfikir ayam masak bali. Rasanya saya pernah sekali je buat ayam masak bali ni. Kena revise baliklah bahan-bahannya lepas ni. Dan macam biasalah, resepi yang tak pernah menghampakan mestilah dari blog Resepi Che Nom. Korang pun mesti ada reference jugak kan sebelum nak masak. Kadang-kadang terasa jugak nak improvise resepi yang selalu kita masak, so sebelum masak saya akan google dulu. Selalu jugak appear di ranking Google blog Cikgu Amie, Mama Cella, blog-blog yang suka share resepi kan? Bangga jugaklah sebab memang follower blogger-blogger ni.
Dipendekkan cerita, setelah BW di beberapa buah blog, dan ada jugak blogger yang memang ikut resepi Che Nom jugak, so saya follow jugak resepi ayam masak bali Che Nom. Senang je, dalam masa setengah jam dah siap dah. Tapi ayam kenalah dah defroze barulah proses memasak on time.
Ayam Masak Bali Resepi Che Nom
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam
- serbuk kunyit
- garam secukup rasa
- 8 batang serai, dititik
- 6 tangkai daun kari
- 1 senduk cili kisar
- 3 sudu besar kicap manis
- minyak masak
- gula melaka atau gula pasir (saya pakai gula apong)
- sedikit air
Bahan-bahan untuk kisar halus:
- 5 biji bawang besar
- 10 biji bawang merah
- 10-12 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 inci belacan
Cara Penyediaan:
- Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan garam. Goreng di dalam minyak panas sehingga separuh masak.
- Dalam minyak yang sama (kurangkan jika terlalu banyak) anggaran 1 cawan, tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan bahan kisar halus. Masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, kicap, gula dan garam secukup rasa. Tuang sedikit air dan kacau perlahan sehingga kuah menjadi pekat. Jika kuah agak kering tambahkan lagi sedikit air.
- Apabila kuah sudah pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan.
Tadaaa... lebihan loklam, terma kak SK untuk lauk semalam... ayam masak bali untuk bekalan #theIMANs ke sekolah hari ini
Hari ini hari Khamis, Awan dan Alan tiada KAFA, cuma sekolah Abang je ada KAFA hari Khamis. Tapi malam tadi awal dah ustazah umumkan di whatsapp group, KAFA hari ini ditangguhkan. Yahooo!! Seronoknya Ibu, ibu pulak seronok ye. Sebab tak perlu sediakan 2 lauk untuk bekalan Abang. So pagi ni masak nasi putih je dan bekalkan depa nasi putih dan ayam masak bali.
Pagi-pagi buta semua breakfast nasi putih panas dengan ayam masak bali jugak, #theIMANs ni breakfast kena yang heavy macam ni, yang saya pelik depa ni berselera sungguh makan awal-awal pagi. Mak saya pun suka tengok kakak Iman makan awal pagi kalau dia turun sekolah dari rumah nenek. Memang berselera, kekadang bertambah pulak nasiknya. Pagi tadi kakak dan Awan bertambah nasik. Saya sendiri pun tak faham sebab saya awal pagi memang belum ada selera nak makan.
Tapi, bila dah breakfast kenyang-kenyang macam ni saya tak risau dah mereka lapar di sekolah. Sedari depa kecil saya selalu momokkan depa, awal pagi kena makan kenyang-kenyang supaya ilmu senang nak masuk. Kalau lapar, otak marah nanti susah ilmu nak masuk. Mungkin depa semua ingat momokan Ibu ni kot. Hahaha!
Sedap kak ayam masak balinya..bumbu"nya pun mudah di dapat...lain waktu mau cobain resep ini
ReplyDeleteya.. rumah sy ada pokok daun kari... bila² masa saja boleh buat.. hihihi.. nnt bolehlaa dicobain ya
Deletesamaaa, follow resepi che nom..
ReplyDeleteVM pon sampai takda idea nak masak apa jugak ahahaha
sy kalau xde idea mmg google je jawabnya boleh try resepi baru
DeleteKmk pun selalu juak rujuk resipi dari Che Nom, tapi lom pernah try gik ayam masak bali tok.
ReplyDeleteRami juak follower che nom.. hehe
DeleteOh, #theimans bawa bekal loklam ya hari ni. Sedap tu, Ayam Sambal Bali, resepi ni dulu viral dalam satu page fb, resepi arwah ibu seorang pemilik acc fb. Nak masak pun mudah, budak2 mmg suka la.
ReplyDeleteYa... 2 mgu ni dah bawak bekal nasik putih dan loklam... pernah jugak baca dulu tp br 2x buat ayam bali ni
Deletesedapkan ayam masak bali,disini pun asyik kari je kadang tukang masak dah jemu nak masak kari.kami pun biasa kakmim makan nasi awal pagi,kalau kena lauknya bertambah juga makan haha..
ReplyDeletemak mentua saya cakap kami makan nasi waktu pagi macam nak pergi ke bendang..
lama dana tak buat ayam bali ni kak
ReplyDeleteresepi che nom mmg x menghampakan. sedap pun ya. tp yg ni sy x try lg...
ReplyDeletenmpk 👍👍👍