Aiskrim Vanilla Mokti's

Malam tu sementara tunggu #theIMANs Kumon saya mintak Encik Suami carikan aiskrim. Craving sangat rasa nak makan aiskrim dengan roti. Mana nak carik malam-malam mesti tak ada. So decide  pergi McD yang berdekatan tapi jalan nak masuk ke McD tetiba tutup pulak, malas nak pusing cari jalan lain. So Encik Suami cakap pergi Mokti je lah yang dekat centre Kumon tu. Ok lah. Saya tak berapa nak try aiskrim Mokti ni sebab tak berapa gemar aiskrim yang ala hipster perisanya. Saya nak yang biasa-biasa je. Tapi Encik Suami berkeras nak ke situ sebab saya dah cakap nak makan aiskrim. Iya lah.

Encik Suami masuk seorang ke premis Mokti's. Dia ajak lepak makan kat dalam saya berdegil tak nak sebab macam pakai selekeh gila, segan nak keluar. Dia belikan aiskrim yang scoop masuk dalam cup tu, RM15. Perisa biscoff, tak ambik gambar pun sebab makan dalam kereta, gelap. Sebenarnya saya pun tak berapa gemar biscoff. Haha. Memang cerewet sungguh la kan. Nasib baiklah dia ada beli yang tradisional version ni. Dalam box, RM8 perisa vanilla.

Nasib baik sedap, lemak berkrim vanillanya.

Kuning terang kaler aiskrimnya, dah macam aiskrim jagung pulak.

So balik rumah terus makan dengan roti. Sampai hajat nak makan aiskrim dengan roti. Tapi sebenarnya saya tak suka aiskrim vanilla. Haha! Encik Suami memang tau coklat je yang buat saya tersenyum. Tapi berapa kali  Encik Suami cakap coklat tak ada, yang ada banyak perisa kekacang, dabai lah lagilah saya tak makan. Ni nasib baik ada vanilla. Baik lah, saya tak komplen lagi dah. Terima kasih Encik Suami melayankan kerenah puan isteri ni.

 

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Nyaman sik? Nasib bait En. Suami sabar melayan karenah hehe

    ReplyDelete
  2. memang sedap mkn aiskrim Mokti ni cuma ia manis sangat.. tu je yg buat sy kurang suka...

    ReplyDelete
  3. Aiskrim vanilla memang sentiasa disukai ramai.
    Demi sayang, sabar sajalah Encik Abang ye hihihiiii.

    ReplyDelete
  4. hahaha...perangai perempuan ini pelik dan aneh juga...tapi perlu hadap dengan sabar sebagai seorang lelaki budiman aka suami mithali...dalam peti asi kmk orang...ada aiskim tapi kmk makan sebab sik berapa carving hehehe

    ReplyDelete
  5. taktau mokti ada eskrem vanilla.. kalau ada coklate boleh tabur atas sedap juga

    ReplyDelete
  6. PH suka aiskrim perisa vanilla sebab rasa light je... Tak kisahlah mokti ke tokti ke haha

    ReplyDelete
  7. Sabar sangat kak suaminya hehehe...sedapnya es krim

    ReplyDelete
  8. alang2 ada roti tu bleh buat ais krim goreng terus lagiiii mabeles tuuuu😁

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form