2 Hari Di Luar Kawasan

Kalau tinggalkan sehari dua blog ni memang tak best rasanya sekarang, ibarat tetamu dah masuk ke rumah kita tapi takde orang kat rumah, lepas tu tak dapat nak balas kunjungan tetamu tadi. Hmm..

2 hari ni saya senyap je takde buat blogwalking sebab saya bertugas di luar kawasan, tak masuk ofis. Bila di luar kawasan tu faham-faham sajalah memang tak dan nak pegang henfon sangat, nak mengadap laptop lagilah, memang tak bawak pun laptop. 

Amacam nampak sedap tak? Healthy pizza ni sebab banyak tomato. Ni antara hasil kursus peserta semalam. Biasalah nampak cheese banyak lalu penuhkan topping dengan cheese, pastu letak tomato banyak-banyak. Kalau nak buat jualan ni memang tak kaya-kayalah jawabnya.

Best sekolah ni oven pun oven industri. Lengkap bengkel masakan kelas PPKI ni.

Kami buat kursus dengan budak-budak PPKI. Ok budak-budaknya jenis yang dengar kata. Ada jugak jenis yang slow berabis tapi tengok cikgu-cikgu diorang layan memang betul-betullah melayan, nak budak-budak tu boleh buat seperti objektif yang kami nak capai.

Hasil kursus hari pertama, buat aneka roti. Ini hasil air tangan peserta. Not bad kan? Tapi ni belum siap bakar lagi. Siap diorang packing untuk jualan lagi, sebab banyak hasilnya.

1 group je pelajar perempuan, lain-lain ramai lelaki.

Kami bersama guru-guru PPKI dan pegawai PPD.

 Hari ni baru masuk ofis dan baru nak start blogwalking membalas kunjungan rakan-rakan blogger. Ada yang dah ketuk pintu, ada yang tak sempat lagi ni. Hehehe.

Penafian awal: Saya bukan cikgu bakeri atau kulinari

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Seronok buat roti, paling seronok dapat makan roti panas2

    ReplyDelete
  2. Sik hal. Kerja hakiki harus diutamakan. Pandey la sidaknya berpolah roti.

    ReplyDelete
  3. Memang menggoda piza yang banyak cheese tu.
    Mim jadi pelawat ya ni? Syok jugakkan, sedap bau roti dibakar, lepas tu makan panas.

    ReplyDelete
  4. Lepas tok boleh la kitak polah roti pakei bekal The Imans kan. Hehe

    ReplyDelete
  5. Wah..seronok nya belajar masak2.. Teringat zaman MA belajar dulu..
    MA student kesayangan lecture bakery dulu....org lain kena guna whisk buat chiffon cake, MA boleh guna machine sbb tangan dah melecet. 😅 bengang je kawan2 lain

    ReplyDelete
  6. Wah seronoknya...kalau offer kat SA pun SA nak join tau...eh betul SA noticed yang skrg ramai budak2 lelaki suka dunia masakan, baking and etc

    ReplyDelete
  7. Wah.. cantik dan sedap hasil rotinya.. Bagus pendidikan macam ini..

    ReplyDelete
  8. mmg healthy pizza tu byk tomato...suka tgk org buat aneka jenis roti

    ReplyDelete
  9. Saya pulak sampai bersawang la jugak blog. Yang post2 tu pun kebanyakannya buat scheduled post.

    ReplyDelete
  10. Sedaaaap kliatannya kak 😍😍😍. Saya memang suka pizza, apalagj dengan banyak cheese 😄.

    Dan rotinya pun untuk hasil buatan anak baru belajar, sudah baguus 👍.

    Memang lah ahli masak sekarang lebih banyak lelaki drpd perempuan 😁. Semua chef pastry di bakery shops papa saya, juga laki2. Yg perempuan hanya bertugas di bagian admin saja 😅

    ReplyDelete
  11. wahhh best nyaaaaa masak masak... ada belen x? nak rasa😁

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form