Netflix - Malam Sabtu & Ahad
Ada yang follow draKor Dr Cha tak? Sekarang ni tengah on going lagi di Netflix. Suka cerita ni, terfollow bila tengok ramai kawan-kawan di FB review cerita ni best so kita pun mulalah marathon beberapa minggu lepas. Boleh saya tengah-tengah malam tergelak sorang diri masa layan cerita ni.
Dr Cha mengisahkan mengisahkan sepasang suami isteri yang sama-sama berprofesion sebagai doktor. Cha Jung Sook (Uhm Jung Hwa) merupakan rakan kolej Seo In Ho (Kim Byung Chul) di kolej perubatan dan telah menjalani rumah tangga selama 20 tahun. Setelah melahirkan anak, Cha Jung Sook tidak lagi mempraktiskan profesion doktornya, hanya komited terhadap keluarga manakala si suami telah menjadi seorang Profesor.
Hendak dijadikan cerita, Cha Jung Sook telah jatuh sakit dan memerlukan pemindahan hati. Calon penderma hati yang benar-benar layak hanyalah suaminya tetapi ibu mertuanya tidak setuju sama sekali anak lelaki kesayangannya menderma hati untuk isterinya. Ketika inilah, Cha Jung Sook mula terasa hati dan berfikir balik segala pengorbanannya terhadap keluarganya. Akhirnya dia berjaya juga menerima hati daripada penderma yang meninggal dunia dan pembedahannya telah dilakukan orang seorang profesor muda yang hensem lagi bergaya, Profesor Kim.
Setelah pembedahannya berjaya, Cha Jung Sook bertukar imej dan watak dan dia nekad untuk meneruskan kerjaya doktornya yang telah ditinggalkan selama 20 tahun. Dia berjaya memohon untuk menjadi doktor pelatih di hospital tempat suami dan anaknya bekerja tetapi tetap merahsiakan status hubungan mereka.
Profesor Roy meminati Cha Jung Sook dalam diam dan bertugas di hospital yang sama. Maka, di sinilah bermula pelbagai insiden lucu, geram, marah, sakit hati, semuanya ada. Profesor Seo In Ho sebenarnya masih menjalinkan hubungan dengan bekas teman wanitanya di zaman kolej, Choi Sung Hee. Choi Sung Hee juga profesor di hospital tempat mereka bertugas. Nak kata Profesor Choi ni penyondol, tapi dia memang teman wanita Seo In Ho masa zaman kolej. Cuma Cha Jung Sook yang agak tidak bernasib baik kerana termengandung anak Seo In Ho dan terus dikahwinkan. Cuma bila Seo In Ho telah berkahwin dengan Cha Jung Sook tapi Choi Sung Hee ni masih tetap meneruskan hubungan cinta mereka sampai ada anak luar nikah yang sebaya dengan anak bongsu Cha Jung Sook (Seo I-rang). Makanya memang bolehlah dikatakan Profesor Choi Sung Hee ni penyondol kan? Geram tau dengan penyondol dan anak penyondol ni.
Sekarang makin best pulak, tak sabar nak tau ending samada Dr Cha ni akan memilih Profesor Seo (suaminya) ataupun Profesor Roy.
Siapa follow Dr Cha, komen ya nanti. Korang team Profesor Seo In Ho atau Profesor Roy?? Hihihi.
Belum tengok lagi tapi adik-adik dah racun soh tengok 😁.
ReplyDeleteBah bah... sila marathon sampai epi 12 kak... hahaha
DeleteKmk nang tetak besar bila nanggar adegan nok lucu2 antara sidak tiga tok (Dr. Cha, Dr. Seo dgn Dr. Roy). Dr Seo tok kmk geram tapi nya cali juak 😂
ReplyDeletePart nya mdh lakinya mati ya paling lucu, ms birthdaynya dgn di kpg ya pun sama... hahaha
DeleteSelamat menonton.
ReplyDeleteWak tak terjebak
Nasib baik 🤭
Deletesaya .. saya... dah terjebak sama.. kelakar sgt & gelak besar sorang2 dibuatnya..
ReplyDeleteMA..team Dr Roy of coz ..anak2 nya bagus support mak nya.. x sabar tunggu weekend ni
Sporting anak2 nya kn?
Deletebelum start...tapi trailer asyik lalu-lalang kat tik-tok...masuk list..
ReplyDeleteBoleh laa start skrg 🤭🤭🤭
DeleteKita! Kita!
ReplyDeleteTu laa.. kalau ikutkan Dr Cha tu yg menyondol dulu, kita pun kadang konpius nak sokong sape.
Kan? Tp tetap x suka si dr choi tu.. mak mertua dr cha pn mcm xnk menerima dia kan walaupun masa muda dlu dia suka dr choi
Deletesaya blm sempat follow lagi ni tp duk lalu lalang byk kali dah hehehe
ReplyDeleteSila la marathon nnt kita boleh sembang kt blog 🤭🤭
Deletex tgk lg tp dr review sy baca ramai beri feedback positif. sy dah bookmark drama ni. tggu ms je utk tgk... laa ni belum ada kesempatan lg nk bermarathon😁
ReplyDeleteSA laaa....hehehe....memang best citer ni..cuma tu la jenuh tunggu ongoing episode..rasanya weekend ni 2 episode terakhir...
ReplyDeleteAlaa.. 14 epi je ke?? Tp bln 6 ni ada ceta baru jugak.. mcm best jugak
Delete