Melangsaikan Hutang di Noms

Selepas Dating di IG Aiskrim kami laki-bini bergegas semula menjemput #theIMANs di Kumon. Ada 'hutang' yang perlu dilangsaikan hari tu juga sebab ada yang tak puas hati bila Ayah Ibu Dating di Noms di Syawal ke-8. Ada pulak drama air mata bila masuk ke dalam kereta. 

Ibu - "Kenak Awan nangis?" - dibaca "kenapa Awan nangis?"
"Abang & Alan ya sik tunggu kamek" - Awan
Alahai.. anakku yang seorang ni memang hati tisu lah.
"Jom kita ke Noms!" - pujuk saya.
Yeayyy! Semuanya bersorak.

"Awan, jom ambik gambar." Saya cuba ambil hati dia lagi. Yang bagusnya adik-beradik 4 orang ni mereka jarang sangat merajuk berpanjangan bila ada berselisih faham macam tu. Ala, bukan apa pun, semuanya suka menyakat antara satu sama lain. Bukan bergaduh apa pun.

Ayah order 3 set je. Begitulah, setakat ni kami belum lagi ambik set seorang 1, masih lagi dapat sharing. Nanti tak lama lagi tak dapatlah nak berkongsi macam ni lagi. Biasalah budak-budak laki yang semakin membesar ni kuat makan kan? 3 set yang diorder semuanya mereka pilih sendiri. Dari kiri ke kanan, stickey wing, filthy rich fries with chili beef dan grilled mac & cheese with chicken slice. Air ambik Sjora je dan Sprite. Ayahnya order hot Americano. Saya makan sikit je, kacau sikit sana dan sini sebab petangnya ada program lain pulak. Program apa ya? Next entri k. Haha!

Inilah filthy rich fries with chili beef yang telah digaul cheese dan chili beefnya. Nama je letak chili tapi tak pedas langsung tau.  

Cubaan ber 0.5 sebelum makan tapi tak berapa nak menjadi.


At last berselfie jugak baru puas hati. Abang dah sangat memahami sekarang. "Mesti blog Ibu bertajuk makan di Noms ari tok nak?" Hahaha!Kalau tak bawak makan di Noms, ada lagi makhluk yang mengungkit cerita Ayah Ibu dating makan di Noms tak bawak diorang. Hihihi. So now harapnya 'hutang' makan di Noms terlaksana dah. Semua macam dah puas hati dah hari tu.


Sempat snap sebelum balik. Kalau petang memang ramai rider Grab yang tunggu order tapi hari tu sorang 2 je. Mungkin orang masih sibuk dengan open house raya kot. Hehehe.







 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. ingtkn hutang loan rumah tadi., hehe

    ReplyDelete
  2. Lega dah lah yer hutang langsai 😅
    Tak ada lah kena ungkit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... xde dah ungkit-mengungkit ayah ibu dating mkn sedap x bawak diorang.. hahaha

      Delete
  3. 'Hutang' yang mengenyangkan.. yeah!!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form