Masak-Masak Raya ke-3

Raya ke-3 memang kami akan stay di rumah. Raya ke-2 kan dah close house so raya ke-3 saudara-mara yang dah dilawat raya ke-2 tu akan membalas balik kunjungan kita. Haaa... begitulah. 

Tetiba tengok WA story kazen yang di Miri mereka ada di Kuching. Laaa... buat surprise rupanya diorang. 3 buah kereta gerak dari Miri ke Kuching. Kebetulan saya memang plan nak masak-masak jugak. Takdelah masak apa pun, masak nasik arab dan kari ayam je. Saya lama dah tak buat openhouse tapi kalau stay di rumah memang akan masak-masak sikit, sesiapa yang datang, adalah langkah kanan kan?

Family makcik sebelah husband dari Miri

Famili mertua dan ipar biras.

Student pun ada beraya, time ni dah agak bertenang sikit, baru ingat nak ambik gambar. Masa orang ramai kat rumah memang tak dan langsung nak ambik gambar.


Ada ex-student yang dah tamat Politeknik, ada jugak ex-student yang sedang sambung di politeknik dan ada juga student yang tengah praktikal. Yang kecik 2 orang pulak kawan Iman, kebetulan kazen ex-student saya.


Haa... tempat buffet yang baru dirasmi pada tahun ni. Belinya pada tahun 2019 dulu. Ala saja-saja je main kutu beli bendalah ni. Bila dah tak raya sebab Covid dulu mana pernah nak pakai. Tu pun tak plan nak pakai sebenarnya.Tapi akhirnya terasmilah jugak, cuma bekas airnya tak rasmi lagi masih dalam kotak.

Bila semua tetamu dah balik, barulah tuan rumah sempat layan nasi arab & kari kambing hampir di tengah malam. Alhamdulillah, penat, kecoh, tapi gumbira. Sebab tu lah setiap malam masa cuti raya tidur 1 pagi, sebab tutup umah lambat, makan lambat, bersihkan rumah dan dapur lagi, lepas tu paginya awal bangun lagi. Banyak hutang tidur ni. Hihi.

 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Sedap nasi arab bersama kari kambing. Alhamdulillah... tetamu datang bawa rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma x sempat goreng papadom je.. sepatutnya malam dh kena siap goreng 😂😂

      Delete
  2. saya belum betul2 masak raya..tetamu asyik terjah menu pun dah jadi carca marba je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuh kalau dia betul2 masak confirm tahap terpaling special menu dia.. mau mcm² dia masak.. kn mama pia kn??

      Delete
  3. Gago tuan rumah bila polah open house. Kmk pun ada plan juak mok polah tapi gik ada assignment mok kenak siapkan 🤭

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya. 👍

    Cantik bekas buffet tu. Kena kumpul duit jugak nanti ni.

    ReplyDelete
  5. Maa syaa Allah tabarakallah, senangnya berkumpul dengan family

    ReplyDelete
  6. Nasi arab dengan kambing memang layan 😋
    BTW, selamat hari raya K.Mim

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..meriah rayanya.. cantik set buffet tu

    ReplyDelete
  8. Wow meriahnya kakmim...seronok

    ReplyDelete
  9. terbaik tuan rumah rajin masak sedap2👍

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form