Masak Lontong Kuah Lodeh Raya ke-5

Raya ke-5 kami stay di rumah saja so kita main la masak-masak. Sesiapa yang nak datang memang langkah kanan. Sebab tu tak ada istilah open house bagi famili saya. Orang tanya ada buat open house tak? Saya selalu jawab rumah memang selalu open. Bagi yang nak beraya, datang je. Kalau langkah kanan memang saya masak lebih sikit. Kalau tak, makan kek lapis dan biskut raya je. Dengan air gas (berkarbonat) ye. Hari panas memang syok dapat minum air Coke sejuk-sejuk. Eh tiber.

Usu saya yang stay di Tawau beraya di Kuching tahun ni. Kalau boleh, anak-anaknya memang nak raya di Kuching je tiap tahun. Raya ni diorang balik Tawau raya ke-6 so raya ke-5 mereka memang plan nak beraya di rumah kami. Kebetulan anaknya yang sulung bukak cerita pasal lontong. Al-maklum sekarang dah study kat KL so dah belajar makan makanan orang Sememanjung dan lontong pun dah jadi favourite dia dah. Saya pulak memang dah siap-siap stokkan bahan-bahan untuk kuah lodeh so melontonglah saya hari tu. Nak masak kuah lodeh ni tak adalah lama sangat cuma preparation nak memotong segala sayurannya tu yang bercinta sikit.

Mula-mula memang nak kena siapkan sambal tumisnya dulu. Tahun ni kita guna ikan bilis je, tahun lepas guna sotong kembang. Kalau sambal tumis dah siap, kuah lodehnya sekejap je. Tapi nasi himpit memang kena rebus awal sebab nak kena disejukkan dulu sebelum dipotong.

Saya gunakan pati santan segar dan santan kotak jenama Kara. Selain udang, sayuran dalam kuah lodeh ada lobak merah, kacang panjang, tauhu kering, tempe dan kentang. Saya tak letak suun sebab nanti kuah cepat kering pulak. Dan pastikan kena guna kunyit hidup untuk dapatkan aroma wangi kunyit dan warna kuning yang tak fake. Eh ada ke warna kuning yang fake? Ahaha. Masa prepare bahan tumis tu blend la sekali dengan sesudu besar udang kering. Fuh mabeles.

Kuah lodeh, kari ayam, nasi himpit dan ada lemang jugak bagi yang nak makan dengan kari ayam.

Serunding daging, telur rebus dan sambal tumis.


Sebelum tetamu datang, sebaiknya tuan rumah testing dulu kan?


Cousin saya yang baju pink (anak usu) seronok tengok dia makan bertambah-tambah.

BFF dan suaminya, sempat snap bila ada pegang henfon.

Keluarga usu dari Tawau, adik bongsu perempuan mak saya yang berkaca mata.

Bersama famili BFF zaman sekolah. 

Famili BFF ofis. Dulu 1 ofis, sekarang semua dah lain-lain ofis.


Famili anak buah usu (Tawau) yang kahwin dengan orang Sarawak. Kebetulan turn raya di Sarawak so dia pun datang beraya bersama ipar-iparnya.


Dan macam biasa, dah tutup rumah pada sebelah malamnya barulah tuan rumah dapat menikmati sekali lagi masakan diri sendiri. Setel basuh periuk semua jam 1 pagi Cinderella Kakmim pun melabuhkan matanya. What a day! Hari-hari pun cakap macam tu pada diri sendiri. Penat yang berbaloi.



 

27 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. penat yang berbaloi ni kakmim..eratkan silaturahim dapat berkumpul macam ni seronok tak terkira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak repeat balik ke hari raya pertama kan

      Delete
  2. Alhamdulillah. Nampak sedap, lontongnya. Cantik kejadian kuah lodeh.

    ReplyDelete
  3. wahhhh meriah dengan makanan! Selamat Hari Raya Kak Mim sekeluarga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada rezeki kita kongsi.. selamat hari raya sis

      Delete
  4. Wah.. tengok presentation macam ambil catering Mim. Mantap tol lontongnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pernah berangan nk buat catering 😂😂 tp saja je beli set tu senang kalau ada keramaian di rumah famili x payah pinjam2 org

      Delete
  5. Wah...melontong ye kakmim...nampak sedapnya

    ReplyDelete
  6. Ayat akhir tu sesuai kalau dijadikan tajuk post ni.... Penat Yang Berbaloi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Tajuk asal skrg mmg disahkan terlalu skema dan anti klimaks 🤣🤣

      Delete
  7. Salam Aidilfitri kak Mim, Syawal ke 15 baru melawat blogspot, tiber saaangat kan? Btw, this is my favourite menu, suka sgt dengan lontong. Kadang tak raya pun, buat menu ni. Ambil vibes. hihiii!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada special occasion kita buat jugak based on request.. hehehe... salam lebaran cha!!

      Delete
  8. Kuah lodeh ni first menu ry PH masak kali ni...lama sgt beraya di kampung sampai dapur sendiri tak berasap 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thn ni mmg ramai yg puas beraya di kampung... syukur cuti banyak kan tahun ni

      Delete
  9. bila buat kuah lodeh ni satu je sy bimbang. suhun akan menyebabkan kuah menyejat. kalau bernasib baik, tak ada apa yg berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tu sy x letak suhun.. hihi

      Delete
    2. tp sini mcm wajib je letak suhun. almaklum laa org tua yg mkn😁

      Delete
    3. Jgn ikut sy yg derhaka resepi anies.. dah la menu negeri org sesuka hati pulak derhaka.. ampunnn

      Delete
  10. Nanti lepas2 raya nak buat lah lodeh ni sendiri heheh.. tambah sambal bilis, tak terfikir pulak sambal bilis ni. Pasti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapnya kalau sambal tu pedas... tambah lg mkn dgn serunding.. yummy

      Delete
  11. Lontang kuah lodeh ini kalau tak ada sambal, memang tak kena rasa dia..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form