Lepak Potluck Edisi Raya

Potluck pulak edisi raya tapi semua takmo pakai baju raya! Hahaha.

Bila dah berkumpul masa raya hari tu, macam tak cukup lagi masa update cerita dan bersembang. Tahun ni semua rumah geng-geng rapat diziarah 2x dalam bulan Syawal. Last di rumah saya last week, seminggu lepas tu potluck pulak di rumah lagi geng kami yang juga seorang baker ni. Bila rumah baker, kek-kek lapis pun memanglah sedap dan premium. So kami pun berkumpullah di rumah Naz pulak. Kebetulan birthday si Shafiza yang ke-40 sekalilah tiup lilin kebetulan ada yang bawak brownies. Hehehe. Semuanya tak dirancang. Berkumpul di rumah Naz je yang dirancang.

Birthday girl kami je yang bukan Sarawakian tapi Kedahan, tapi dia memang dah lama menetap di sini, belajar di sini, kerja di sini, kahwin pun dengan orang sini. Actually dulu kami semua sebumbung, seofis, sekarang semua dah berpecah dah tapi masih under jabatan yang sama. Kerja tetap masih sama cuma kolej yang lain-lain tapi kalau ada event bersama tetap jugak jumpa muka-muka yang sama ni.

Macam-macam menu kami petang tu. Ada yang sponsor Starbuck jugak hari tu. Sorang satu dapat hot dark chocolate. Rini tak beli kopi sebab tak semua peminu tegar kopi. Sangat memahami kawan kami yang sorang ni. Thanks mem!!

Potluck kami hari tu, yang dalam balang tu biskut dan kerepek tuan rumah.

Bersusun-susun penuh je di meja. Memang degil nak lepak di ruang tamu jugak.

Fuh, kek premium. Naz buat kek lapis India versi coklat Cadbury bar yang besar tu. Resepi asal menggunakan coklat Cadbury yang kecik. So guna yang bar besar ni logiknya akan menjimatkan masalah cumanya cabaran bila nak memotong tu. Kalau saya, memang masih failed. Banyak masuk ke mulut je kalau potong kek lapis India atau kek lapis Cadbury ni. Yang bawah tu pulak, kek pilih kasih. Antara resepi kek zaman mak-mak kita dulu tapi sekarang dah trending balik.

Mentai rice salmon, birthday girl order dari adik saya.


Brownies, Sue bawak.

Roti jala & cottage pie dari tuan rumah. Rasanya ada orang order kot, so sekalilah kami pun langkah kanan.

Angel hair aglio olio, Echah bawak

Kari ayam roti jala tadi dan meehoon goreng.

Saya bawak mochi je, agak dah mesti dah ada makanan berat.

Makanan banyak tapi pemakannya tak banyak, maka haruslah tapau bawak walik rumah. Cubaan ber0.5 menjadi jugak. Kena practise ni baru makes perfect. Hehehe.


Sebelum bersurai, nak lagi bergambar depan rumah. Perempuan macam tu lah kan? Hehehe. Kalau boleh segenap penjuru nak bergambar. Korang macam tu jugak tak? Haha! Next ada lagi gathering katanya, tapi ni proposal daripada kaum suami masa raya hari tu. Kita tunggulah bila. Rumah siapa pulak yang kena. Tungguu!!!





 

17 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Datang bawa sebekas... balik berbekas2 eh.. rezeki untuk semua.

    ReplyDelete
  2. Baru nak tanya, habis ke makan semua tu hihi... Meriah sungguh juadahnya.. kalau dekat boleh tumpang 2 kaki 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dkt kita buat edisi blogger lah PH.. hehehe

      Delete
  3. Kek lapis india @ cadbury….pertama kali rasa masa ke Kuching. Sedap sungguh!

    Teringat aritu anak sedara ajak ber0.5, sekali dia tengok hp akak takde 0.5 😅. Kalau 0.6 ada la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... saja ikut trending budak² jaman now kan

      Delete
  4. Potluck biasanya memang muai.. Semua bawak makanan aneka jenis.. Seronok dan pastinya sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau potluck kat ofis confirm membawa ke hi tea mknnya

      Delete
  5. Tergoda sha tengok semua dessert tu.. kikiki..

    ReplyDelete
  6. satu kelainan ni beraya potluck. tp bagus jga tak penat tuan rumah siapkan menu byk2. yg pentingg dpt sembang dgn bff
    happy

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb ni kali ke2 dah beraya di rumah yg sama... tu yg xmo susahkan tuan rumah lg... hehehhe

      Delete
  7. Hari tu kita tempah Kek Lapis India ngan Sunah, memang sedap giler KLI ni.

    Banyak makanannya MIm, memang bagus la ditapau bawa balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah coklat cadbury mana tak x sedap.. hehehe

      Delete
  8. Bagus amalan menapau ni kan. Tak membazir kalau ada lebihan makanan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form