Ini kisah makan-makan keluarga sempena Hari Ibu dan pre-birthday Ayahanda 2 minggu yang lepas. Birthday Ayahanda jatuh pada 16 Mei, kami sekeluarga makan-makan pada 13 Mei. Actually takdelah nak sambut sangat Hari Ibu, just nak gathering di luar je sempena adik-adik yang kerja luar dari Kuching semuanya ada di Kuching pada hujung minggu tu.
Kali ni kami try restoren seafood yang baru, The Hidden Grove, tapi ownernya memang well known bagi yang selalu makan seafood di Topspot Bukit Mata. Owner yang sama dengan kedai 25 di Topspot dan The Reef.
Bagi yang biasa ke Kuching, antara tempat makan seafood di tengah-tengah bandaraya Kuching yang mudah untuk diakses ialah Topspot Bukit Mata yang terletak di bangunan UTC Kuching. Berhampiran UTC ni memang banyak hotel berbagai bintang dari yang banyak bintang sampai yang takde bintang pun ada. Antara hotel-hotel yang berhampiran ialah Pullman, Riverside Majestic, Astana Wing, Hilton, Harbour View, Grand Margharita dan yang masih 90% dalam pembinaan ialah Sheraton. Nampak gaya dari Sheraton nanti ada bridge yang terus masuk ke level 5 di mana Topspot berada. Senanglah bagi yang stay di Sheraton untuk pergi makan seafood.
Kita layan VTT semasa di The Hidden Grove, err bukan VTT saya tapi adik saya. Saya memang kureng sikit bab video. Baik saya menulis, eh menaip.
Bila makan ramai-ramai ni memang saya jarang ambil gambar makanan. Sembang-sembang lagi penting. Kalau makan bersama family kecil saya pulak ikut mood. Kalau ada mood, adalah gambar, ada gambar ada cerita di blog. Kalau mood ke gunung-ganang, takde gambar dan takdelah ceritanya di blog. Begitulah rutin lifestyle blogger. Tak jugak semua kisah yang terakam di blog. Tak gitu? Ada yang tak sempat update, ada yang dah lama sangat jadi malas dah nak update.
Cubaan saya ber 0.5 😜
8 beranak, tak termasuk anak menantu dan cucu-cucu
Ladies only 😚
Kaum ibu. Saya no 1, mak dan mak Aydin, no 2
Anak sulung kakak Iman & Azzalea
BFF Awan dan Iyul (Imran dan Amirul)
Kami semua
Sebelum balik ber0.5 lagi. Adik lagi pro daripada kakaknya 😅
Ayahanda dan bonda yang dikasihi 🥰
Bukannya tak boleh masak-masak dan makan-makan kat rumah tapi kalau ada special occasion kami memang cari masa untuk gathering family dinner kat luar. Sementara orang tua masih sihat kan? Bila lagi nak menggembirakan mereka?
Oh ya, rasanya orang Kuching masih ramai tak tau The Hidden Grove ni. Ianya terletak sama di bangunan UTC, di Level 3 sama dengan UTC. Kalau Topspot pulak di Level 5. So nak ke sini parking je terus di Level 3 tak perlu dah nak tunggu lif lahi. Biasalah lif ke Topspot ada 2 je, memang berkicap menunggu kalau weekend, time orang berduyun-duyun ke sini. Harga? Standard seafood la tapi di The Hidden Grove ni lebih privasi, suasana takdelah bising macam di Topspot. Tenang-tenang gitu, private tapi masih open. Staf crew on lagu birthday untuk meja lain selamber je lah join nyanyi bersama turut memeriahkan suasana.
Sempat ajak tokey The Hidden Grove selfie selepas buat payment. Terbaik 5 haa!
Seronok, dapat bergather-gather satu family.
ReplyDeleteBetul... mkn di umah bila berkumpul semua pun dh meriah ni kan pulak kalau gather² kt luar
DeleteSeru nih Mbak kalau makan malam bersama keluarga. Banyak ngobrol, banyak bercanda, banyak tawa...tapi ya memang harus disempatkan untuk berfoto, untuk bahan posting di blog...
ReplyDeleteSalam sehat selalu untuk seluruh anggota keluarga Mbak disana.
Salam persahabatan,
Ya benarin tu... sesambil bonding dgn famili kita rakamkan memori di blog
DeleteMula saya baca hidden grave🏃🤣
ReplyDeleteSaya salfok wajah awet muda bonda..Apa rahsianya?
In syaa Allah hujung tahun plan nak ke Kuching...boleh masuk list ni
Rahsianya x tau pulak kak... hehehe... mungkin kawen muda kot... insya allah nnt bolehla gathering sekali... ajak kak SK sekali.. hahaha
DeleteKita pernah makan kat Topspot tu.. lama dahhhhh... Tapi mmg ingat ada hotel cantik kat situ.
ReplyDeleteNanti lain kali jika ada rezeki ke Kuching, boleh la ke The Hidden Grove ni pulak, tentu lebih tenang suasananya.
Jommm.... famili cella nk ke kch hjg thn ni... mai lah reunion kt sini.. hahaha
Deletewah .. meriah bila dpt gather2 ni kan..
ReplyDeletegood morning kak mim, lum dpt lagi kopi lagi pagi ni...baru nak bfast ni
Alhamdulillah... selagi ada masa utk famili
DeleteTerasa kemeriahan apabila tengok gambar.
ReplyDeleteFamili yang kecoh dgn budak²... hahaha
Deletemeriahnya kak, best bila kumpul ramai-ramai gini. Tapikan masa akak bergambar 3 org akak, emak dan adik dana mula2 ingat mak tu adik beradik akak tau. Nampak sangat awet muda mak akak...
ReplyDeletebaruk tauk juak tempat tok...klak sages dgn famili untuk teringin nak makan benda heavy kedak tok
ReplyDelete