Dating di Noms di Syawal ke-8

Cerita raya lagi...

Hari Sabtu, raya ke-8. Rutin Kumon bermula seperti biasa, tiada dah jadual waktu Ramadhan, semua dah back to normal. So hari Sabtu pergi Kumon semua siap dah pakai baju macam nak beraya. Tapi memang pun nak beraya lepas tu. Kat Sarawak ni seminggu 2 minggu raya memang normal je lelaki masih berbaju melayu dan bersampin, so memang tak janggallah nak ke shopping mall berbaju raya.

On the way ke Kumon centre.

Bila #theIMANs siap hantar di centre macam biasalah kami laki bini mendatingkan diri. Macam dah lama tak makan di Noms, apa lagi kita. Nak kata breakfast, hari dah 12 tengah hari. Tapi menu di Noms memang rilek-rilek saja. Memang tempat budak-budak zaman now lepak dan menu pun menu zaman now jugak. Hahaha.

Post di status Whatsapps gambar ni, Iman respon status Ibu  - "tak hajakkkk". Hahahaha! Lepas tu sengaja show off gambar kat Awan, terus muka dia berubah. Soalan dia, memang orang besar kena selalu dating ke Bu? Hahahaha!!

Saya order menu ni je, menu favourite. Grilled Mac n Cheese with Beef Slice sandwich!


Noms Grilled Mac n Cheese with Beef Slice sandwich
Meleleh-leleh mac & cheese bila kita gigit sandwich tu. Sandwich ni memanglah rare, tak pernah try nak buat sendiri sebab tu kalau ke Noms memang wajib order menu ni.

Menu-menu lain di Noms adalah seperti di bawah ni. 

Menu di Noms
Burger pun not bad, pernah rasa yang Encik Suami order, The Double.

Menu di Noms
Selalu order yang beef slice tu jer, tuna tak pernah try lagi.

Menu di Noms
Fries ni pun mengenyangkan. Sticky wings pun sedap. Memang bestlah lepak di sini. Semua sedap, menu orang-orang muda. Hihihi.








 

20 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kalau orang kunyah bunyinya nom nom nom jugak kan?

    ReplyDelete
  2. hahaha kesian Awan nampak soalan jealous betul..bagi la ibuayah kembali zaman mudamudi dulu sekali sekala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari diorg kumon dh jd hari dating ayah ibu jugak dh 🤭

      Delete
  3. Replies
    1. Menu santai.. kalau jenis yg kena mkn nasi x boleh ni

      Delete
  4. wah..menariksnya menunya
    ah ah..kawan MA dulu pun pernah ckp kat sana memang normal pakai baju melayu even dah seminggu dua raya nya..bagus betul kan. siap dia ckp..raya mesti ada more than 2 pasang baju melayu sbb nak pakai byk hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul, kena standby banyak kaler sebab nak matching dgn wife or gefren or sibling.. hahaha.. selalunya lelaki yg thn lepas boleh pakai lagi bajunya sbb diorg kan jarang pakai

      Delete
  5. Mesti Awan tak sabar nak jadi orang besar..boleh dating selalu 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang.. ada soalannya utk ayah... susah ke x jadi ayah? hahaha

      Delete
  6. Selamat menjamu selera. Kat sini raya pertama je yang happening. 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe janji semua berkumpul dgn keluarga itu lg happening

      Delete
  7. yg pasti ni bukan kedai che nom kan?😁

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tengok sandwich dia. 😋

    ReplyDelete
  9. Awan jeles la tewww :D
    Nampak menarik menunya, ambient pun nampak ok...syok la nak melepak ...eh, dating :p

    ReplyDelete
  10. Aduh, yang melelh tu la buat sedap, Mim!

    ReplyDelete
  11. hmm sedap pula kelihatannya, saiznya besar ya kak?

    ReplyDelete
  12. Ada baca juga kat sebelah Sarawak berpakaian baju Melayu masa raya tu dah jadi kebiasaan. Macam keluarga kami 1st - 2nd raya. Lepastu tengok event raya mana yang dirasakan sesuai. Kalau tak diorang casual je.

    ReplyDelete
  13. Menu-menu orang muda ni kalau kita makan terasa awet muda eh... hehehehehee.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form