Bila Sekelas Beraya

Masih lagi cerita raya. Sementara masih ada mood nak update berkenaan raya kan? Ni kisah Jumaat malam hari tu. Budak-budak semester 2 datang beraya di rumah sebelah malamnya. Tapi tak semualah, ada yang stay jauh tak join. Saya sempat buat spagetti bolognese je balik kerja. 

Nampak tak mana cik puan rumah? 

Tahun lepas lagi ramai daripada ni datang serentak.

Setel makan, lepak tengok movie sambil bersembang.

Pose trending raya tahun 2023, 0.5. Mula-mula saya pun tak tau apalah benda 0.5 ni. Kalau tak kerana budak-budak ni saya pun tak tau teknik 0.5.

Kalau budak-budak ni beraya memang confirm meriah depan rumah dengan motor. Tahun ni 3 buah kereta, 2 jer motor. Pernah sebelum ni berbuah-buah motor parking depan rumah. Hehe.

Seronok melayan bebudak ni. Yang batch ni baru hari pertama puasa dah bagitau nak beraya rumah kita. Akhirnya tercapai jugak hasrat diorang.

 

22 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Seronok la tengok Mim rajin layan student beraya. Kita dulu, bawakan kuih jer gi kolej, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn selalu kak.. raya setahun sekali je.. hehehe

      Delete
  2. cik puan lecture pun nampak sebaya je dgn student sem 2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kawen awal dlu mst sebaya anak2 sy kot ni 😂

      Delete
  3. Assalamualaikum, Kakmim. Maaf, saya lama tak bertandang ke mari. Salam lebaran. Maaf zahir dan batin. Wah, meriahnya students datang beraya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam farrah.. selamat hari raya

      Delete
  4. Saya tak tahu teknik 0.5 😁
    Ramainya datang beraya...

    ReplyDelete
  5. Bestnya tngok Mim layan student tu semua....teknik 0.5? blurr jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selfie tp guna front camera.. begitulah outputnya

      Delete
  6. teknik 0.5 ni sebab iphone dah ada wide option ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna front camera je.. sy pn x fhm sgt sbnrnya dgr diorg suka ckp 0.5

      Delete
  7. Sonok ar derang dapat beraya rumah 'cikgu' hehehe... zaman kitrg dulu cam susah je nak gi raya rumah cikgu hahahah...#dasarpemalas haahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dlu habis sekolah penah jugak beraya umh cikgu tu pun tumpang member yg dah ada lesen kereta 😂

      Delete
  8. Malam tadi pun kami masih jalan beraya lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi syawal belum habis raya masih on.. hihi

      Delete
  9. Suka sy tgk geng² pengajar menyantuni students masing-masing...
    Yang datang pun ada berbaju Melayu tu, bagus 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan selalu kn PH.. ada yg bersampin tp bukak dah.. yg x berbaju melayu yg non-muslim... hehhehe

      Delete
  10. Wahhh.. bestnya student datang rumah.
    Kat sana memang biasa eh hidangkan air coke dalam tin.. bukan kaleng2 ni. Sini biasa kalau air berkarbonat letak botol besar tu je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kak.. ada org beli tin, ada yg beli botol, ada jugak beli kotak.. dulu masa kami kecik² org akn hidang air berkarbonat yg dlm botol kaca skrg dh xde dah

      Delete
  11. alhamdulillah.meriah tgk tu. untung diaorang dpt lecture yg sporting mcm kak mim ni...
    0.5 .. MA pun blur kejab masa mula2 dgr tu... adei la kan

    ReplyDelete
  12. Meriahnya.. Seronok bila datang ramai-ramai macam ni..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form