Acar timun homemade dan keropok ikan merupakan satu lagi hidangan yang popular di Sarawak semasa hari raya. Kalau takde masak-masak, keropok dan acar timun ni kiranya jadi penyelamatlah. At least yang tak makan kek lapis dan biskut, bolehla makan keropok dan acar timun. Bukan apa, biasanya hari raya macam tak beria sangat makan kek lapis dan biskut. Tapi bila dah nak habis raya, baru terasa tercari-cari kek lapis di rumah sendiri.
Acar timun ni bukan saya buat ya tapi wife kazen yang buat. Dia memang jual acar timun ni untuk hari raya. Bila makan keropok berulamkan acar timun ni memang leka. Sedar tak sedar memang boleh habis keropok setong tupperware tu.
Kalau dah teringin, keropok habis pun sanggup goreng semata-mata nak makan dengan acar.
Acar ni tak pedas, tapi cukup rasa, manis masam berlemak kalau tergigit bijan. Famili kami memang tempah dari Kak Ana tiap kali raya. Kalau malas menggoreng keropok, stay je lah acar ni dalam ice box, hihi. Tapi kalau rajin memang tak cukup 2 botol.
Wah, mesti sedap. Satu kelainan. Biasa makan keropok, cicah sos cili keropok saja.
ReplyDeleteYa.. sini mmg mkn keropok dgn acar timun tp ada jugak yg x biasa
DeleteUniknya!
ReplyDeletePH selalu cicah dgn sos cili je...
Dan acar timun Sarawak pun nampaknya berbeza dgn acar timun yg biasa PH makan ..teringin² nanti boleh order dgn Kak Ana tu kan...
Lain PH... x sama rasa dgn yg kita mkn dgn nasi beriani or nasi hujan panas.. nk order boleh pos.. haha
Deletenampak rupa macam acar buah,acar timun tu rasanya sama tak dengan acar buah kakmim?
ReplyDeleteAcar buah ada rasa buah... timun ada rasa timun tp sbbkan dia acar, masam manis wajib ada
DeleteWow..lain dari yang lain ni...biasa keropok keping goreng cicah sos kan
ReplyDeletewah...uniknya. ini kawan MA x pernah cerita pun.. nampak sedap & memang layan tu
ReplyDeleteAcar timun tu mengancamnya kakmim..
ReplyDeletesaya penasaran dengan acar timunnya, kak. tampak sedap
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDeleteSaya pernah makan begini, keropok dengan acar sarawak. Sedap!
ReplyDelete