Kisah anak dan last minute memang berpisah tiada. Rasanya semua ibu mengalami situasi last minute anak-anak macam ni. Selalunya malam Isnin baru si anak cakap cikgu suruh bawak kad manila lah, water color lah, pelepah pisang lah. Kan Kan? Padahal cikgu dah pesan awal-awal dah pun. Budak sekolah rendah selalulah macam tu. Tapi jangan disangka ye sekolah menengah pun masih jugaklah dengan last minutenya. Tapi dengan adanya whatsapp group kelas sekarang, kureng sikitlah risiko keluar tengah malam carik kad manila di kedai 24 jam. Lagipun ibu-ibu sekarang dah bijak pasang strategi, stok alat tulis dan peralatan PSV hampir lengkap dah di rumah. Nak kertas warna, pen khat, gam tembak, plastisin, batang aiskrim, sebut je semua dah ada stok kat rumah. Hahaha.
Kisah sahur pagi tadi, masa tengah makan kakak Iman bagitau:
"Bu, kelak Ibu send gambar kamek gik baby ah."
(Dibaca: Bu, nanti Ibu send gambar saya masa baby ye)
Ibu: Pakei apa?
Iman: Ada projek deco kelas, Zara nak buat tarikh birthday makei gambar masa baby.
Ibu: Kitak maok gambar sigek ne?
(Dibaca: Awak nak gambar yang mana satu?)
Iman: Gambar dress pink ya jak lah.
Ibu pun berfikir gambar yang mana satu. Oh gambar masa photoshoot baby contest tu rasanya. Saya terus capai handphone dan scroll album di FB saya. Album di FB saya semuanya saya dah set ke private setting dah sebab banyak sangat gambar masa Iman kecil. Almaklumlah masa tu sindrom anak sulung kan, semuanya nak upload di FB. Saya memang masih ingat saya memang ada simpan gambar photoshoot tu di album FB. Nah.. memang ada. Masa ni Iman baru je setahun lebih. Tak ingat pulak macam mana boleh terjebak dengan baby contest ni. Tak menang pun takpe janji dapat photoshoot free je masa tu. Lepas tu saya savelah semua gambar, send kat telegram Iman, nanti dia pilih sendiri.
Menjeling
Sengeh
Gigi 2 batang
Lollipop
Eh, eh, Ayah Ibu pun ada.
Masa nak taip entri ni, searchlah kat blog ni ada ke tak buat entri pasal photoshoot ni. Rupanya ada tapi bukan gambar pro daripada Michael Photography ni. Nak baca gaya tulisan saya dahulu kala tekan je link https://www.kakmim.com/2010/11/bukan-mudah-nak-menjadi-jurugambar.html
Alolo…comelnya dia dengan baju bunga2 pink.
ReplyDeleteMujur Ibu join contest ya, dapat gambar2 cantik ni.
Comellah Iman masa kecik
ReplyDeleteTudung tu in trend kan masa tu hehe
ReplyDeletec0mell hhehe
ReplyDeleteMata baby baguuus sangaaat 😍. Pintar fotografernya, bisa mencari momen dan pose yg bagus. Hasilnya pun 👍👍
ReplyDelete