Menang Kuiz Ramadhan

Setiap hari Jumaat Awan dan Alan balik jam 11 pagi. Memang rutin setiap hari kena call Ayah diorang dah ambik ke belum anak-anak ni sebab dia pernah terlupa ambik Awan dan Alan bila terlalu sibuk. Saya pulak memang kontrak ambik si kakak sebab jarak ofis saya dengan sekolah kakak agak dekat. So kenalah bahagi-bahagi tugas ambik dan hantar anak-anak ni. Abang pulak kadang-kadang Ayah ambik lepas ambik Awan Alan, kadang-kadang saya yang ambik lepas ambik kakak.

Hari ni masa call nak 'check' Encik Suami ni, dia bagitau berita gembira. Takdelah best sangat pun tapi bagi anak-anak memang diorang bangga dan gembira. Awan dan Alan menang Kuiz Ramadhan yang mereka jawab minggu lepas secara online di platform Quizizz! Tengok gambar, tersenyum simpul dengan hadiah masing-masing. Nasib baik 2-2 menang dan dapat hadiah, kalau sorang je dapat hadiah mau ada yang muka monyok je tengok yang sorang dapat hadiah.

Menang Kuiz Quizizz
Masuk je dalam kereta terus buka baju. Panas sangat katanya. Memang benar, panas lit-lit cuaca sekarang ni. Gambar-gambar mestilah dapat dari Ayah.


Menang Kuiz Quizizz
Hadiah berupa makanan macam ni pun budak-budak gembira. Senang je nak menggembirakan budak-budak. Bolehlah untuk makan lepas berbuka nanti. Pensel pun ada, bertambah lagi stok alat tulis ka rumah. Alhamdulillah.



 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. tahniah buat Alan dan Awan... mesti bangga sbb menang kan hehe...

    ReplyDelete
  2. Tahniah pada Awan dan Alan! 👍 Dapat cookies tu..

    ReplyDelete
  3. Wah, seronoknya Awan dan Alan.
    Moga terus menjadi suntikan motivasi buat anak-anak comel ni.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah tahniah Awan & Alan 👍
    Anak sy pun sama Kakmim, masuk kereta terus cabut tudung :D

    ReplyDelete
  5. alfun mabruk utk Alan dan Awan👍👍👍👍👍

    ReplyDelete
  6. wahhhh bestnya awan & alan menang hadiah!
    mmg cuaca panasss betol skrg kakmim :(

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah....
    Senangnya menang quiz dan dapat hadiah.
    Hanya mesti tunggu buka puasa untuk menikmati hadiahnya ya...

    Salam dari Sukabumi, Mbak

    ReplyDelete
  8. Tahniah...hebat kamu semua anak- anak..keep it up..

    ReplyDelete
  9. tahniah..sronok dpt adiah menang kuiz tu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form