Masanya Sudah Tiba Dijemput ke Negeri Abadi

Mati itu pasti. Cuma yang kita belum pasti, bila, di mana dan bagaimana pengakhiran kita nanti.

Petang Rabu yang lalu, kami dikejutkan dengan pemergian seorang alumni kami, Chak. Chak sememangnya telah lama sakit namun sakitnya semakin kritikal bila masuk ke semester 3 di kolej. Di saat classmate lain menjalani praktikal arwah pula terpaksa menangguhkan sesi praktikalnya kerana kondisi kesihatannya yang tidak memberansangkan. Keluar masuk hospital, dengan kimo lagi. Ketika classmate sibuk nak konvo pulak, arwah baru nak memulakan sesi praktikal. Akhirnya arwah tamat juga praktikal dan lulus namun Allah lebih menyayanginya. 

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ   
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها

Al-fatihah buat arwah Chak atau Mohd Tirmizi. Gambar kenangan semasa hari pendaftaran bersama rakan-rakan sekolah menengah dan juga rakan sekampung. Kecik je orangnya namun mulut memang tak lekang dengan senyuman. Masa mula-mula di kolej, arwah sihat-sihat saja, tidak menampakkan yang dirinya tidak sihat. Menurut ibunya, arwah rupanya telah disahkan sakit SLE sejak berumur 11 tahun lagi!

Pagi Khamis kami wakil dari kolej menziarahi jenazah Chak buat kali terakhir. Sesampainya kami di masjid, penduduk kampung dan ahli keluarga sedang memandikan jenazah dan sempatlah kami menatap wajah Chak buat kali terakhir. Mak Chak tak dapat mengawal kesedihan bila melihat kami bertiga sampai. Sesungguhnya arwah memang sangat rapat dan manja dengan maknya sepanjang hayatnya. Kami menunggu sehingga jenazah dibawa ke tanah perkuburan dengan van jenazah barulah kami beredar dari masjid di kampung arwah.

Sempat jugaklah bergambar dengan mak arwah. Arwah memang kopipes maknya. Kata maknya, tak ada lagilah orang yang memegang dan menggenggam tangannya lagi. Allahu! Redha ya cik, Chak dah tak sakit lagi dah. Begitu kasihnya seorang ibu.

Hari ini pegawai HEP memaklumkan prosedur tuntutan insurans untuk Chak dan saya terus menghubungi maknya. Alhamdulillah mereka pun baru selesi menguruskan sijil kematian arwah. Semoga dipermudahkan segala urusan. 

Akhir kata, saya mohon kalian sedekahkan Al-Fatihah buat bekas pelajar saya yang murah dengan senyuman ini, Mohd Tirmizi. Perginya di hari baik, bulan baik. Arwah pernah ditidurkan ketika positive Covid dahulu namun belum tiba masanya dijemput pergi. Mungkin Allah menunggu bulan Ramadhan juga untuk menjemputnya ke negeri abadi.

Al-Fatihah.

 

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Sebaknya baca kisah Chak. Tambah sedih melihat raut wajah emak Chak.
    Bertabahlah duhai emak Chak. Moga Chak aman di sana, dikumpulkan dalam kalangan hambanya yang beriman dan beramal solah.
    Salam takziah buat emak Chak sekeluarga.

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiuun..
    Takziah. Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh2 org2 yg beriman. Aamiin YRA.

    ReplyDelete
  3. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Alfatihah.

    ReplyDelete
  4. اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ
    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها

    ReplyDelete
  5. Innalillahibeainna ilahi raajiun...salam takziah buat keluarga arwah. perginya di bulan mulia. mudah mudahan arwah di tempat dalam kalangan orang soleh

    ReplyDelete
  6. Innalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang orang yang beriman dan beramal soleh.

    ReplyDelete
  7. al fatihah untuk arwah..untung arwah pergi dalam bulan baik hari baik&dia masih ada doa dari seorang ibu yang sentiasa mengirinya di alam kubur...

    ReplyDelete
  8. Innalillah. Pemergian di bulan mulia. Salam takziah untuk keluarga arwah. Al-fatihah

    ReplyDelete
  9. Innalillahiwainnailaihirojiuun.. Salam Takziah..

    ReplyDelete
  10. Al Fatihah buat arwah Mohd Tirmizi....moga ditempatkan bersama roh orang yang beriman dan beramal soleh.....aamiin

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form