Kuih Raya 2023

Alkisah kek raya. Kat Sarawak ni memang sinonim dengan kek lapis. Tapi jangan tak tau kek lapis ni sensitif, kena perhatian lebih. Kalau boleh nak kena stay dalam peti ais je supaya tahan lama. Sebab tu saya jarang potong kek lapis awal. Raya pertama selalunya memang sehari takde di rumah so better kek lapis ni stay chiller dulu. 

Tahun ni macam biasa last sekali baru nak beraya umah mak tapi makannya semua berpindah ke rumah saya. Lain sikit rutin kami tahun ni. Berkumpul di umah kami pulak. Setel makan ketupat rendang lemang semua barulah nak potong kek raya.

Potong siap-siap susun dalam tupperware lepas tu masuk dalam peti sejuk balik. Raya ketiga dah stay di rumah baru kita hidangkan.

Tahun ni saya takde buat kek lapis. Semuanya beli je. Kos bahan-bahan buat kek semua meningkat, butter pun setiap tahun memang naik harga. Tak ada yang turun harga sekarang.

Kek batu marmar dan kek lapis india (cadbury). Lapis india ni lah paling bercinta nak memotongnya. Kalau dari peti sejuk kena biarkan dia suhu bilik dulu. Kalau masih keras tapi dipotong jugak, nanti hancur pulak coklat cadbury tu. Pisau pun kena tajam dan panas. Camne nak panaskan pisau? Sama ada rendam air panas atau dipanaskan atas api. Baru senang nak potong. Bukan kek lapis cadbury je macam tu, kek lapis yang ada cheese pun macam ni jugak tipsnya. Itulah 'sakitnya bercinta' nak jaga kek-kek lapis premium ni. Sedap memang sedap tapi 'manja'! Kalau malas nak jaga memang tak tahan lama, boleh berkulat! Dah la harga mahal tapi tak dijaga dengan betul, membazir pulak jadinya nanti.

Presentation hari ini, 9 Syawal.

Presentation 3 Syawal. Kalau ada yang perasan, dah tak sama dah isi biskutnya sebab ada biskut yang dah habis. Begitulah. Ada biskut memang setiap tahun ada peminatnya tersendiri.

Esok cuti umum. Lusa pulak dah kembali ke rutin ya adik kakak abang. Kena prepare mental awal ni. Hmm..








 

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Betul Mira. Harga mentega memang harga kayangan langit ketujuh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kak.. sbb tu beli yg loaf je jual kat kedai.. nk beli seloyang pun dh mahal.. nak buat beli bahan2 pulak mahal

      Delete
  2. Sedap, kek lapis. Rupa pun menarik, presentation. Memang tetamu terkam kek lapis dulu. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrg ni masih tengok je... nnt dah nak abis syaal baru rasa tercari² nak mkn kek lapis.. hehehe

      Delete
  3. Selamat hari raya Kakmim!

    Kek lapis india ya nang kek faveret kamek dari dolok. Kek batu marmar tok baru jumpa tahun tok, tapi nang nyaman la hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. batu marmar glamer sejak pkp ria... hehehe... thn tok kek pilih kasih pun trending juak.. pun sama nait masa pkp ria... ktk masih di kch kh?

      Delete
  4. Kalau ke Sarawak memang tak sah kalau tak bawak kek lapis Sarawak sebagai ole-ole.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg org dh angkut butter cheese cake mita dah... hehehe

      Delete
  5. Aduhai cantik je nampak presentation kek & kuih raya Kakmim ni 👍

    Selamat Hari Raya buat Kakmim sekeluarga ⭐🌜

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya PH... maaf zahir batin

      Delete
  6. cantik2 kek lapis sarawak...presentation pun menarik,kalau kami orang pantai timur ni nampak kek lapis sarawak memang itu yg terkam dulu

    ReplyDelete
  7. slmt hari raya kitak. kacak2 kek, kami sempat melapis 2 biji je, nok 2 biji kek mesti, kek lumut dan kek belacan. yalah kenek tok semua bahan serba serbi mahal terutama butter dan telor. angol pala mikir.

    ReplyDelete
  8. Wahhh.. presentation pun berbeza, comel2 gitu.. curlass kakmim
    Sedapnya kek lapis Sarawak. Belum jumpa pulak raya ni.

    ReplyDelete
  9. Wow..aneka kek lapis..
    Kalau takat 100km jaraknya...mau saya drive pi beraya rumah kakmim🤭

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form