GIVE AWAY "RAYA GIFT by UYUM" 2023

Hari ni sampai awal di ofis tapi saja lepak dalam kereta dulu baring-baring healing. Hihihi. Mana taknya awal, 5.45 pagi dah gerak dari rumah. Sampai di sekolah abang 5.55 pagi, kereta pun memang masih boleh kira yang masuk ke kawasan sekolah. Barulah tengok dengan mata kepala sendiri rupanya ada lagi famili yang lagi awal sampai di sekolah, diorang subuh di surau sekolah rasanya lepas tu barulah meneruskan perjalanan ke sekolah-sekolah yang lain pulak. Macam ramai pulak diorang. Agaknya mesti lepas sahur mereka terus gerak dan subuh di surau sekolah ni. Ye lah strategi masing-masing kan? 

Hari ni takde dah tuesday blues, mata tak boleh tido, so baru ada semangat nak blogwalking. Rasanya seminggu dah tak blogwalking ni. Dan baru ternampak yang Kak Ret ada buat GA ni. Sementara belum lagi tarikh tutup saja je memeriahkan suasana di hari raya, eh. Hehehe.



1. Buat posting dan letak banner di bawah serta jangan lupa backlink balik ke entry ini.

https://anakomak6.blogspot.com/2023/04/giveaway-raya-gift-by-uyum-2023.html

2. Lengkap kan ayat berikut, "Saya suka tengok Uyum kerana .........." 

3. Giveaway bermula dari 6-14 April 2023


Baiklah now kita nak menjawab persoalan nombor 2 pulak. Uyum ni anak saudara kesayangan Nina aka Kak Ret tau. Saya suka tengok Uyum kerana Uyum comel dan menghiburkan. Ada saja telatah Uyum yang mencuti hati kami yang membaca coretan Kak Ret. Lepas tu Uyum suka pow Nina jugak, cerdik ye Uyum. Hehehe. 

Sementara ada masa lagi, jomlah join GA Kak Ret ni. Sempat lagi ni. Mesti suka Uyum baca komen-komen comel tentang dia. Syarat-syaratnya senang je, buat nombor 1 dan 2 tu je. Mudah kan? Apa lagi.. klik new post. Now! Now!

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form