Walimatul Urus di Bagan Serai - 25/2/2023

Gambar dah masuk lama dah dalam draf tapi tangan kaku nak menaip apa. Biasalah bila dah banyak sangat gambar jadi tak tau nak update macam mana. Di medsos adalah jugak update gambar sikit sebab takut hilang entah ke mana gambar-gambar bercuti tahun 2023 ni. Gambar bercuti dalam Sarawak di tahun 2022 pun dah entah ke mana, nasiblah zaman cloud sekarang bolehlah save di mana-mana cloud. Kalau rajin nanti bongkarlah balik.

Begini, mula-mula tu takdelah plan nak bercuti sampai ke Perak ni. Memandangkan ada anak kazen emak yang akan buat majlis pada cuti sekolah ni, terus rasa macam nak je pegi. Bukan selalu dapat kenduri di tanah Melaya ni. Actually kazen mak ni lelaki, wifenya memang orang sana tapi anaknya ditemukan jodoh dengan orang Sarawak jugak. Hihihi. Majlis bertunang raya tahun lepas buat kat Kuching, so majlis kahwin buat ni Bagan Serai. Seminggu lepas tu buat di sebelah lelaki pulak, di bahagian Betong, Sarawak.

Kami fly dari Kuching ke Penang pada hari Jumaat, 24/2/2023. Kenapa Penang? Ya, Bagan Serai kan lagi dekat dengan Penang daripada KL kan? So dari Penang, tuan rumah dah sediakan van untuk jemput kami sekeluarga. 11 orang semuanya rombongan kami anak-beranak. Mak, bapak dan adik-adik serta kami anak-beranak #imanfamilia.


Khemah di hadapan rumah pengantin. Kami sampai pada hari Jumaat khemah memang dah siap terpasang dah cuma deconya belum 100% siap lagi.


Permandangan di bawah khemas, ada banyak jugaklah meja bulat untuk tetamu. Majlis mereka bermula dari 11 pagi - 4 petang. Fuh, jenuh jugak tu tetamu memang non-stop. Lagipun ini majlis anak sulung dan kedua-dua mak pengantin pun cikgu, so memang banyak jemputan.


Meja beradab

Udang ni teguh berdiri di meja makan beradab pengantin. Nasiblah saya bukan peminat udang.

Geram tengok tembikai bulat-bulat tu. Kalau sejuk-sejuk tu bestnya.


Pelamin di luar rumah, ni di bahagian car porch.


Tahniah Dayang & Shahrul.


Dulu masa mak Dayang kawen, saya sekolah rendah lagi, sekarang Dayang kawen, anak saya pulak di sekolah rendah.

Mak dan bapak saya. Bukan mak dan bapak pengantin. Hihihi.

Rombongan dari Kuching,

Ya, kami lagi. Tak sempat bergambar dengan famili pengantin sebab semua sibuk.

Banyak sangat pilihan air dan makanan. Awan dan Alan siap tanya, nak makan nanti kena bayar ke? Iyalah dah macam jualan di bazaar/pasar malam. Seronok diorang boleh cedok air balang sendiri. 

Seronok tengok semua AJK ni, pantas je buat kerja. Belah hujung khemah ada nasi beriani.

Nasi beriani, ayam masak merah, dalca, jelatah dan sambal belacan.

Sebelah tengah khemas nasi putih dan lauk-lauk. Curik sambal belacan di area sini. Haha.

Kuih-muih mun macam-macam ada, dari tradisional ke moden. Ada jugak yang famili dan rakan-rakan sedekahkan.

Tapai. Sebab daun yang dipakai tu tak sama dengan kami di Sarawak.


Daun apa ni ye?


Laksa Penang.. nyam nyam.


Cendol pun ada.


Ini yang paling excited, apam balik crunchy sebab memang dah lama mengidam nak makan. Susah nak jumpa yang sedap kalau di Kuching ni. Kalau yang biasa tu adalah, yang crunchy pilihan saya tetap di Semenanjung ni.

Seronok Abang tunggu dan tengok abang apam balik crunchy buatkan ordernya. Yang di belakang tu minum teh air balang yang Abang cedokkan. Hahaha... jakunnya anak-anak aku.


Aiskrim Malaysia pelbagai warna dan perisa. Bukan budak-budak je suka, orang tua pun suka.


Aiskrim montok ni ditaja oleh sekolah mak pengantin.

Tak menang tangan abang-abang ni menggoreng kueytiaw dan mee goreng.


Kueytiaw dan mee goreng kawah. Yang paling best saya suka kueytiaw jenis kecik macam ni. Macam produk local je, dari jauh saya tengok je packaging, confirm keluaran Muslim.

Bila godek-godek galeri gambar rupanya kami takde bergambar dengan pasangan yang dirai, pengantin baru hari tu. Dah lah cuaca panas, lepas makan di khemah memang lepak dalam rumah je. Sebelah zohor makin ramai tetamu yang datang sebab tu kami pun lepak dalam rumah je.

Kali terakhir kenduri di area Kajang tahun 2018 kot masa Ayah IMAN masih kerja di Putrajaya. Tapi masa tu kita tetamu je dan majlis pun buat di dewan takdelah nak berkejaran sana-sini ambik gambar. Bila dah majlis keluarga sendiri seronok ambik gambar dan video. Tapi videonya tak edit lagi. Entah bila nak edit, hahaha! Lagipun pengalaman baru bagi #theIMANs kenduri di Bagan Serai ni. Meriah macam uptown dan open house hari raya! Hahaha!


15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Tapai daun getah tu tak silap. Mudanya mak Mimmmmm.
    Selamat pengantin baru buat Dayang & suaminya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah rasa mcm daun getah jugak tp x pasti... terima kasih bg pihak dayang.. hehehe

      Delete
  2. Selamat pengantin baru..suka la konsep wedding macam ni...cuma tu la..sure kasar belanjanya ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau diikutkan mmg kasar rasanya sbb tetamu pun sampai jam 4 ptg... hari tu pun brp kali dh top up nasik dan lauk nasib tkg masak adik-beradik sendiri je... cuma yg booth tu dah habis, habis laa.. org kemudian mampu tengok je

      Delete
  3. selamat pengantin baru!! wah meriah sungguh. mcm2 menu ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. MA... seronok budak² sbb kt sarawak xde kenduri mcm ni

      Delete
  4. meriah skrg kenduri kendara penuh menu kan he hee kenyangg
    Bagan serai tu dkt je kg ciknur, Selama perak. kwn2 sek ramai sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh... kampung cik nur kt selama tu ye... tp x sempat nk jalan² sana sgt... ban pecah pun x sempat pegi

      Delete
  5. Udang untuk makan beradap tu tak silap orang sana panggil udang panjat.
    Tapai tu mungkin dibungkus dengan daun getah.
    Saya pun kalau dah jalan-jalan, banyak simpan gambar, tak tahu nak tulis dan mula macamana. Akhirnya tulislah macam karangan, satu persatu ikut kronologi gambar hahahahaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh... udang panjat ke? mst ada kisah di sebalik tu kan? kak amie punya cerita mmg detail.. hehehehe... x boleh lawan cerita kak amie tp tetap jugak suka baca

      Delete
  6. meriah dan menu pun nampak sedap-sedap semuanya, daun bungkus tapai pulut tu selalunya kalau orang pantai timur guna daun getah Min :)

    ReplyDelete
  7. seronoknya..ramai2 naik flight gi kenduri..macam2 menu ada...

    ReplyDelete
  8. Tahniah Dayang & Shahrul...
    Hahaha..nasib baik dia tak bayar lepas minum🤣

    ReplyDelete
  9. jauh betul kendurinya

    anak sulung mcm tu laa kenduri sure meriah punya. tetamu lbh 2 kg dijemputnya😁

    tapai daun getah tu. simpan dlm peti ais kasi sejuk. then mkn dgn ais krim vanilla mmg heavrnnnnn

    ReplyDelete
  10. Wahhh.. meriahnya makanan.
    Muda dan cantiknya mak kakmin. Suka akak nengok.
    Tapai tu bungkus daun getah, kalau tak silap belah utara banyak buat gitu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form