Dia datang lagi! Baru sikit Allah uji dengan ujian pendengaran. Memang loser sangat rasanya bila pendengaran tak jelas. Dulu pun pernah jugak kena (Disember 2022) tapi bila dah jumpa doktor, ok dah, sekarang datang lagi. Terpaksa jumpa doktor lagi, tapi kali ni pergi jumpa doktor di klinik kerajaan pulak.
Seminggu ni diuji dengan masalah telinga. Hmm..
Punca Tinitus:
- Jangkitan dalam telinga (jangkitan dalam telinga tengah)
- Saluran darah tidak normal
- Saluran Eustachian gagal berfungsi (saluran yang menghubungkan hidung ke telinga tengah untuk mengimbangkan tekanan)
- Masalah telinga seperti tahi telinga keras dan tersumbat
- Presbyacusis (masalah pendengaran disebabkan oleh faktor usia)
- Masalah pendengaran disebabkan bunyi bising
- Kecederaan kepala
- Pendedahan telinga pada bunyi bising yang kuat
- Pengambilan ubat seperti ubat penahan sakit atau antibiotik yang tidak bersesuaian dengan seseorang itu
- Faktor psikologi seperti kemurungan, tertekan dan keresahan
Punca lebih serius:
- Tekanan darah tinggi dan aterosklerosis
- Tumor dalam telinga dalam (acoustic neuroma)
- Angin ahmar
- Kekurangan sel darah merah serta buah pinggang yang tidak berfungsi.
Semalam bila dah makin sayup dan sayup pendengaran. Orang bercakap slow kena agak-agak pulak apa butir percakapan orang ni, so tabahkan diri meredah klinik kesihatan. Bukan tak tau klinik kesihatan bukannya sekejap. Nak tunggu untuk dapat nombor untuk register dah setengah jam. Dah dapat nombor tunggu pulak turn untuk register, dalam 15 minit. Lepas tu tunggu giliran jumpa doktor makan 1 jam jugak.
Akhirnya doktor bagi ubat untuk cairkan ear wax je dulu, nanti seminggu lagi kena follow up balik baru dia decide nak cuci ke tak. Hmm... baiklah doktor. 4.35 petang baru selesai urusan di farmasi. Total jam berada di klinik kesihatan 2 jam setengah. Nanti minggu depan tak tau lagi nak datang pagi ke tengah hari, dah la 1st day puasa.
Hari ni alhamdulillah, oklah sikit daripada semalam. Semalam dah rasa kena tekup dengan bantal dalam gua je pendengaran ni. Doktor cakap taik telinga dah keras, tu yang menghalang gegendang telinga. Uwaaa! Dah tak korek dengan cotton bud dan besi dah sejak trauma hari tu tapi boleh dia jadi keras pulak. Doktor cakap nasib baik takde luka atau infection, tunggu taik telinga cair je ok balik la tu. Ya, betul ok sikit hari ni baru sekali letak Cerumol tu. Harap-harap okaylah lepas ni. Nak cuci pun cucilah minggu depan kasi clear.
Tags
Info
semoga diberikan kesembuhan :) ejulz follow sini ya.. harap sudi follow blog ejulz jugak :)
ReplyDeleteAkak pernah kena telinga pekak sebelah. Tapi tak berdengung. Seksa jadi orang pekak ni 😅
ReplyDeletePergi pakar ENT, dia sedut taik telinga keras tu. Selesai masalah. Sejak tu akak stop guna cotton bud dan sesekali sapukan olive oil supaya taik telinga tak keras.
kenak selalu bersihkan dengan cotton bud kali owh. semoga cepat sembuh kakmim!
ReplyDeleteTq sharing
ReplyDeleteeven kalau hembus hingus terkuat sikit dah rs perit telinga. kalau kena mcm ni entah mcm mn laa keadaan sy.
ReplyDeletesyafakillah sis
Nanti ear wax dah lembut dan doktor dah sedut keluar, insyaallah ok. Akak pernah letak cecair lembutkan ear wax tu terasa macam ia mencair di dalam, ada bunyi macam kita masukkan Solluble dalam air 😅
ReplyDelete