Menu Berbuka 6 Ramadhan

Ayam ni sebenarnya saya dah marinade hari Ahad yang lepas.
Tapi Ahad tu Encik Suami ajak ke bazaar makanya terpaksalah masuk dalam freezer.
Semalam balik tengah hari defrostkan dulu.
Petangnya balik kerja terus masukkan je dalam oven.

Dah jadi macam ayam bakar pulak.
Selalu saya sapu planta untuk jadikan efek berminyak sebelum ayam sepenuhnya masak.
Tapi semalam, malasnya. 
Biar je sampai masak.
Tapi rasanya.. mendapat full mark daripada semua.
Iyalah dah marinade berapa hari dah.
Rasa memang dah 'mesra' meresap ke isi ayam.
Rasa honey dan blackpepper dengan herbs lagi.
Alhamdulillah semua happy sungkei semalam.

Menu semalam ayam bakar, lebihan perapan saya jadikan gravy untuk cicah-cicah.
Kari sotong kembang (mak bagi).
Sayur kacang buncis + kobis tumis sos tiram.
Plan sebenarnya nak masak nasi serai, goreng kentang wedges tapi Abang cakap nak nasi putih jer.
Saya on saja masak nasi putih.. lagilah mudah.


teh ais pyorr
Air pula, teh ais pyor.
Hari kedua menu air yang sama.
Teh ais pyor jugak puas hati beli.

Menggoda sungguh kan?



 

19 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. mengancam juak rupa air teh pyor ya.

    ReplyDelete
  2. Adoi Mim.. rasa nak terkam teh piyor tuuuu.. berpinor mata menengoknya. Ayam Bakar tu pun menggoda juga.

    ReplyDelete
  3. teh pyor fav waled dan Pia sblm puasa asal balik sekolah tengahari mesti singgah beli,dah masuk bln puasa ni saya pula tak bagi diaorang minum ais..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kt sini panas sgt dh skrg mmg x tahan minum ais 🫢

      Delete
  4. Penghilang dahaga, teh ais pyorr tu.

    ReplyDelete
  5. mengooda
    asben akak hari2 nk teh pio tp versi panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy x reti sgt minum versi panas cik nor... sbb kalau panas kena minum teh o.. hehehe

      Delete
  6. Semua sedap, semua menggoda selera haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah tgk gambar time mcm ni semua sedap... hihihi

      Delete
  7. bahaya tengok teh ais tu lama-lama terus tertelan air liur

    ReplyDelete
  8. terliur tengok menunya. paling terliur teh pyor tu le. selamat berpuasa kakmim dan famili

    ReplyDelete
  9. Teh ais pyor....haiyoooo sedap nih!

    ReplyDelete
  10. Kat mana2 pun ada teh ais pyor ni.. ada franchise kot eh.

    ReplyDelete
  11. rupa tak apa mcm tu. yg penting janji rasa yg mengancam👍👍

    ReplyDelete
  12. dah lama tak minum air teh...kadang terasa juga nak tapi teringat2 pulak kejadian perut sebu sampai muntah2 gara-gara minum teh waktu berbuka...terus cancel plan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form