Macaroni Bolognese Untuk Potluck Jamuan Pembukaan Sekolah


Hari ni hari ketiga dah di sesi persekolahan baharu di tahun 2023.
Hari ni ada potluck di sekolah Awan dan Alan.
Sekolah kakak pulak ada hari pemuafakatan ibu-bapa.
Ibu tak dapat nak pergi, so Ayah je ambil cuti untuk ke sekolah kakak.

Berkenaan potluck, hari Isnin balik sekolah Alan dah sibuk tanya nak bawak apa untuk potluck.
Lepas tu awal dia pesan jangan bawak guna tupperware, berkali-kali dia pesan.
Ibu saja je usik dia, rumah kita ada tupperware je, lagi la dia risau.
Cikgu cakap pakai je bekas plastik, nanti bawak tupperware, tupperware hilang, ibu nangis.
Hahaha.
Ibu usik lagi, macam manalah dah ada tupperware je takde bekas plastik. Hahaha!
Sampai semalam Alan masih risau, bagitau ayah, rumah kita memang takde bekas plastik ke.
Hahaha.


Hari ni semangat je Awan Alan bangun pagi sebab pakai baju biasa, siap pakai cap lagi diorang berdua. Entahlah malas nak ambik gambar.


Gambar potluck je ada.
Malam tadi dah prepare untuk buat macaroni bolognese ni.
So pagi ni tinggal nak tumis-tumis je.
Potong-memotong, rebus-merebus dan basuh-membasuh semua setel malam tadi dah.


Setel untuk Awan dan Alan. 
Selamat... kata Alan. Ada je tupperplastik rumah kita.
Hahaha! 
Lepas tu bawakkan jugak kerepek pisang sekali dengan macaroni bolognese.
Semoga mereka bergembira hari ni.


Update dari cikgu kelas Alan.
Cercari Alan di mana.
Hihihi






 

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Menyelerakan nampaknya tu.
    Skg tipuware (bekas plastic) pun dah mahal juga Kak Mim. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasta² ni mmg bebudak suka... sbb tu lah buat apa yg budak mkn je.. hehe.. tu lah kita pakai yg free je lepas tapau mknn basuh dan simpan... time mcm ni lah kita pakai

      Delete
  2. risau sangat Alan ye...kalau hilang nanti bukan takat ibu je yg nangis Alan pun kena soal siasat juga tu yg risau sgt kot hehe

    ReplyDelete
  3. Budak2 suka makanan macam ni. Kompom laku!

    ReplyDelete
  4. sama jga sek sini potluck ank2 sek
    blm berpuasa esk

    salam Ramadhan mim

    ReplyDelete
  5. Tu sebab penting simpan bekas plstik cam tu.... ada je guna nya

    ReplyDelete
  6. tedah Alan, risau nya tupperware ibu hilang hihi. Selamat menjalani ibadah puasa kakmim 😊

    ReplyDelete
  7. Waaahhh.. awal persekolahan dah ada jamuan ya.. seronoklah anak-anak murid.

    ReplyDelete
  8. hlg tupperware ibu bkn takat nangis je. dia boleh meraung smpi 3 hari tau hehehe #gurau

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form