KAFA Bermula dan Masak Laju-Laju

Minggu ni sekolah abang dah mula KAFA.
Sekolah Awan Alan pulak mula minggu depan.
Ya ampun hari ni panas lit-lit, kering semacam je.
Dugaan sungguh buat anak-anak yang berpuasa.

Bulan ramadhan ni macam biasalah ambik fleksi ramadhan.
So balik jam 4 petang.
Minggu lepas ok lagi, sampai rumah awal sebab direct balik rumah.
Tapi hari ni bila dah start KAFA kena pick up abang dulu.
Dah la KAFA habis jam 4.30 petang. Hmm..

Beginilah nak menuju ke taman perumahan kami.
Pagi jem bila semua keluar hantar anak ke sekolah.
Petang-petang pun situasi biasa begini, jem bodo-bodo gitu.

Hari ni 5.30 petang baru sampai di rumah.
Terus masak laju-laju.
Mula-mula tumis kari dan sesambil tu goreng tempe di dapur sebelah.
Setel kari dan tempe bacem barulah steam ikan.
Alhamdulillah, on time.
Masuk je apa yang ada dalam peti sejuk.
Ikan nasib baik dah defrost awal masa balik tengah hari.
Kalau tak, tak sempat jugaklah rasanya siap masak on time
 Kalau ikan masih kaku keluar dari freezer.

Kalau sempat ambik gambar ni ertinya masih ada masa lagi kan?


Kari ikan bawal emas campur terung.
Guna kari cap O perghh tak pernah tak sedap.
Ayah IMANlah kata sedap 😅

Tempe bacem, lama dah nak makan, pedas!
Guna cili fresh yang diambik dari umah bapak tadi.
Awal bapak pesan suruh ambik cili yang dia baru petik.
Memang pedas
😅😅😅

Ni paling last, kukus dengan sos tiram dan halia bawang putih je.
Kena lebihkan air masa mengukus tu.
Sebab #theIMANs suka kuah sos tiram kalau buat kukus macam ni.

Bulan puasa begini memang kita fikirkan menu anak je.
Betul tak?











 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kalut² pun 3-4 menu jugak tu kakmim 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahan semua dah ready.. itu yg menjadi tu.. hihi

      Delete
  2. Tempe bacem tu nampak sedap.. later share lah resepi eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah.. tempe bacem cara masakan org jawa kot.. pernah try di kedai mkn lepas tu try buat sendiri.. hehe

      Delete
  3. ye kakmim sebelum masak tanya anak dulu hari ni nak makan apa,kita mak2 ni semua boleh masuk makan apa pun...bln puasa ni lg teruk jem mana2 tempat pun sama terpaksa pasang enjin turbo bila dah masuk dapur risau tak sempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... pagi petang jem.. nak ke rumah mak nak masuk lorong pun jem sbb dpn umh mak ada bazaar.. haha

      Delete
  4. ada ikan bawal kat rumah tok, sikda idea kamek nak molah apa..boleh la ceduk idea kitak kakmim..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawal mas mun x steam, goreng or kari.. nang nyaman

      Delete
  5. Mun kalut pun sempat bermasak kari, nang lihai kitak eh Kakmim 😂 mun kmk kalut2 kali goreng sayur dgn telur dadar ajak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xda lihai eh, ikan dh defrost ms balit tgh ari... cabik bawang semua dah siap blend... tgl nak tumis jak gik

      Delete
  6. sedapnyaaaaa ikan bawal fav sy ni. tak kisah msk apa pun. tp tu laa mahal sesgt! 2 mggu lps ada ofder seekor rm10. sy pengsan jap😂

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form