Day-2 persekolahan sesi 2023/2024. Hari ni masih #theIMANs masih lagi menggunakan baju PJ so takdelah busy mengiron uniform. Not bad jugak idea minggu pertama persekolahan ni takde PdP walaupun saya mulanya tak suka idea ni.
Semalam hujan turun dengan lebatnya di Kuching. Terbangun jam 4 pagi, Ya Allah lebatnya hujan, macam manalah budak nak ke sekolah ni, confirm jem. Sampailah ke subuh memang takde tanda nak berhenti siap dengan pakej guruh setam-setum lagi tu. So risau sangat jem memang lepas subuh terus keluar dari rumah. Subuh pun lewat sekarang so memang timing pun agak lewat jugaklah nak keluar ke rumah. Buat pertama kalinya, tak ambik pun gambar #theIMANs di hari pertama sesi persekolahan.
Percayalah ini saja gambar yang ada dalam galeri henfon saya semalam. Nak keluar dari taman kami je dah jem apatah lagi di roundabout dan traffic light di sana dan di sinun. Hahaha! Memang agak dah hujan lebat mesti jem punya. Rutin masih lagi macam sebelum ni, Ayah hantar kakak, Awan dan Alan sementara Ibu hantar abang. Sekolah abang yang paling dekat dengan rumah tapi nak sejam jugak sampai ke sekolah akibat jem memanjang.
Dan semalam first day kelas selepas cuti mid sem. Kelas sebelah petang kenalah lincah sikit so kita buat tugasan berkumpulan. Tak perlu gajet atau apps kita guna kaedah tradisional saja. Nah ambik kau kertas mahjong dan contenglah peta minda
Semangat je bebudak ni buat peta minda.
Lepas siap peta minda masing-masing apalagi kena bentang pulak sampai terlajak pulak masa kelas petang semalam. Sampai tak sempat nak review soalan kuiz.
Penat kau. Awal tidur malam tadi. Pagi ni sebelum taip entri ni pun ngantuk. Supaya tak ngantuk kita gerak-gerakkan jari-jemari supaya menaip dan otak bekerja sikit untuk luahan idea mengupdate blog. Hehehe.
alhamdulillah hr ke-2 sy lbh tersusun sikit berbanding semalam agak kelam kabut..terkenang waktu belajar dulu suka buat peta minda,lukis jalur2 untuk nota..kalau membaca&ulangkaji sahaja cepat mengantuk
ReplyDeleteselamat kembali ke sekolah buat anak-anak, sama di Selangor ni pun petang semalam hujan lebat juga Min .
ReplyDeleteSelamat kembali ke sekolah buat pelajar2 da guru2
ReplyDeleteSekali sekala kena ajar guna cara tradisional ni....
ReplyDeleteSama la kat sini. Kalau hujan je, jem jalan. Bila jem jalan je, hujan lebat.
ReplyDeleteSemoga terus tabah mengadap jem, hihi.
ReplyDeleteLagi best conteng di kertas mahjong, lebih aktif.
ReplyDeleteTeringat zaman belajar dulu, ginilah..hehe
alhamdulillah.. semoga dipermudahkna semua urusan anak-anak. sy pun xde gambar anak2 back to school 😅
ReplyDeletemana mana tempat pun sama. bla hujan pagi siap.laa dia punya jammed tuu perghhh rs nak menangis smbl drive
ReplyDelete