Fadhilat Membaca Al-Quran

Bila baca quran maka secara tidak langsung saya akan teringat pada keluarga cousin saya ni. Semoga setiap pahala 1 perkataan yang dibaca dalam al-quran akan juga mengalir kepada mereka. Besarnya pahala orang yang menghadiahkan al-quran ni kan. Subhanallah!


Dah lama saya mengidamkan al-quran tagging ni sebenarnya tapi tu lah nak customiselah, pilih kaler bestlah tapi tak jugak terbeli. Rezeki memang tak salah alamat bila saya mendapat al-quran tagging ni dari keluarga cousin saya selepas menjadi emcee untuk majlis resepsi anak perempuan mereka. Kami sebenarnya takde menetapkan apa-apa bayaran pun sebenarnya sebab bukan pro pun. Tapi bila buka doorgift yang dihulurkan kepada kami terselit juga sampul rupanya. Rezeki anak-anak yang ditinggalkan masa tu sebab majlis buat di hotel dan kami pun taknak heret semua #theIMANs ke hotel. Faham-faham je lah jemputan di hotel ni selalu limited.


Alhamdulillah, rezeki tak salah alamat. Untuk self reminder jugak supaya selalu membaca al-quran nur qareem. Major throwback sangat ni.

Baca juga: 

Gambar dari OP yang diforward dari cousin semasa majlis resepsi anak mereka.

Semoga setiap infak al-quran yang diberikan daripada hamba-hamba Allah ini akan mengalirlah pahala juga kepada mereka selagi al-quran yang diinfakkan itu dibaca dan diamalkan. Insya allah.

Ketahuilah juga 10 fadhilat kepada si pembaca dan pencinta al-quran itu sendiri. Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya. Setiap yang kita lakukan dengan ikhlas pasti ada ganjaran, jika tidak di dunia yang pasti di akhirat nanti memang telah dijanjikan. Insya Allah.

10 Fadhilat Membaca Al-Quran

1. Al-Quran sebagai Syafaat di akhirat kelak

Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya." Hadis Riwayat Muslim

2. Al-Quran sebagai Pembela

Nawwas Bin Sam’an r.a telah meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Pada hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah A-li'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya." Hadis Riwayat Muslim

3. Orang yang belajar Dan mengajar Al-Quran Adalah sebaik-baik Amalan

Uthman Bin ‘Affan r.a telah berkata Rasulullah s.a.w bersabda, "Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain." Hadis Riwayat Bukhari

4. Dua pahala Bagi orang yang susah Menyebut dan Membaca Al-Quran

Aisyah r.a telah berkata Rasulullah s.a.w bersabda, "Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala." Hadis Riwayat Bukhari 

5. Allah mengangkat Martabat Golongan pembaca Al-Quran

Umar Bin Al-Khattab r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran." Hadis Riwayat Muslim 

6. Membaca Al-Quran Mendapat ketenangan

Barra’ bin ‘Azib r.a telah meriwayatkan bahawa, seorang lelaki membaca Surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi s.a.w dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda, "Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al-Quran." Hadis Riwayat Bukhari 

7. Membaca dan Memperelokkan bacaan Mendapat kebaikan

Abdullah Bin ‘Amru Bin Al-‘As r.a berkata bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al-Quran, 'Bacalah, perbaikilah dan perelokkanlah bacaan Al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan'." Hadis Riwayat Abu Daud

8. Fasih membaca Al-Quran Lebih layak menjadi Imam solat berjemaah

Ibnu Mas’ud r.a bahawa s.a.w bersabda, "Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam solat ialah mereka yang terfasih membaca Al-Quran." Hadis Riwayat Muslim

9. Setiap satu huruf Membaca Al-Quran Mendapat sepuluh Ganjaran pahala

Ibnu Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud: Alif, Lam, Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." Hadis Riwayat Tirmizi 

10. Memperelokkan suara Dengan Al-Quran

Al-Bara’ bin ‘Aazib r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Hiasilah Al-Quran dengan suara kalian." Hadis Riwayat Ibnu Majah

Kredit: @islamitu_indah

4 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Replies
    1. Ya.. kpd pemberi dan penerima kan? insya allah

      Delete
  2. Semoga kita semua selalu ingat untuk merutinkan bacaan Alquran stiap hari ❤️.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. kalau sudah terbiasa kalau ngak membaca sehari amat janggal rasanya

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form