Sebelum ni si kuda hitam ni guna bateri jenama Yokobatt. Entah kenapa saya syak bateri ni yang tak berapa bagus. Sebab masa beli dulu pun harga murah, saya pun pelik murah pulak tukar bateri masa tu. Masa tu bateri kereta kong di rumah, hujung tahun Disember 2021 so Encik Suami just pergi ke bengkel kereta di area rumah je tu yang tak banyak choice. Mungkin dah tiba masa jugak kan nak kena tukar.
Semalam Encik Suami ajak cari bateri jenama Century. Sebelum ni memang pakai Century sebelum tukar ke Yokobatt tu dan Century ni memang well known antara bateri kereta yang terbaik jugak. Encik Suami cakap la so saya search di Google. Ya, benar Century antara the best. Selain tu, berdasarkan carian semalam, Amaron pun antara saingan Century sekarang. Familiar jugak bateri jenama Amaron ni kan? Mungkin selalu dengan iklan di radio kot.
Tapi bila ke bengkel tu, Century habis stok pulak. Yang ready stock Amaron Go je. Saya bagitau Encik Suami, kita try je lah sebab dah malas nak cari kat kedai lain pulak. Tapi memang dah expect dah bajet antara RM250-RM300.
Tengoklah harganya RM288. Berdasarkan carian Google harga Amaron Go ni RM250 tapi mungkin RM38 tu labour caj la kot, walaupun benda tu senang je nak pasang sendiri. Tapi bukan sayalah nak pasang sendiri, mestilah Encik Suami.
Dah pekerja kedai pasang, terima je lah harganya, dalam rezeki kita mesti ada rezeki orang lain jugak kan? Saya harap oklah si kuda hitam ni lepas ni. Kalau meragam lagi, besar lagilah ongkosnya tu.
Hasil bacaan di https://bestbuyget.com/ms/bateri-kereta-terbaik-malaysia/
7 Bateri Kereta Terbaik Di Malaysia 2023
- Bateri Kereta Keseluruhan Terbaik – Century Marathoner Max
- Bateri Kereta Tahan Lama Terbaik – AMARON HI-LIFE & Panasonic MF High Spec
- Bateri Kereta Nilai Terbaik – Bateri Camel Standard Plus
- Bateri Kereta Bajet Terbaik – Bateri BOSCH SM Mega Power
Kita tengoklah nanti macam mana prestasi si Amaron Go ni. Eh ya, warranty 1 tahun, kalau ada masalah, pulangkan je kat kedai dan dapat tukar bateri baru.
Semoga baik-baik saja ya kuda hitamku.
Semoga semuanya Okey!
ReplyDeleteInsya Allah.. tq SR
DeleteMacam mana sekarang? Masih ok?
ReplyDeleteAlhamdulillah.. setakat hari ni takde masalah.. semoga baik² aja
DeleteAkak tak perasan bab jenama bateri kereta 😅. Tapi memang biasa nampak Century tulah.
ReplyDeleteKan kak? Century familiar je namanya
Deletepernah pakai sekali je. ntah apa silapnya, sblm ni pakai bateri biasa, ok tahan smpi sethn lbh. tp yg ni tahan 8 bln je. ms tu sy x byk guna kereta...
ReplyDelete