Pengalaman Hiking di Bukit Batu Putih, PD

Throwback lama giler ni, tahun 2018. Zaman saya masih memegang portfolio lama. Masa ni memang selalu jugak travelling urusan kerja di HQ. Dan yang paling seronok tu sebab masa tu ada 'driver' kat Putrajaya. Iyalah masa tu Encik Suami bertugas di Putrajaya. Sesambil kerja dapatlah mendatingkan diri dengan ditaja oleh kerajaan. Eh..


Masa ni kami ada bengkel di PD. Tak ramai pun, dalam 20 orang macam tu je. Masa ni ketua zon je turun dan selebihnya pegawai dari HQ dan bos-bos. Bengkel di PNB Ilham Resort dan antara pengisian memang ada outdoor. Awal pagi pergi hiking naik Bukit Batu Putih. Petang pun ada game jugak. Waktu kerja dan sebelah malam memang pulun abis mengerah idea. Oklah jugak lepas memerah otak, kita enjoy sakan. Kerja kuat tapi tak boleh stress.


Sebelum fly ke KL saya siap google lagi macam manalah rupa Bukit Batu Putih tu. Almaklumlah saya ni bukan orang yang aktif dan lasak sangat. Bukan risaukan bengkel tapi risaukan aktiviti sampingan tu, haha!


bukit batu putih
Walaupun termengah-mengah naik ke atas tapi bila dah sampai kat atas tu, masya Allah! Cantiknya view. Rasa nak lepak lama kat situ. Nasiblah takde kenangan-kenangan yang seram masa on the way naik atas dan di atas puncak bukit tu. Sebab member yang sama naik bukit ni jugak, sebelum ni dia dah naik kat sini. Sampai je puncak, ada ular putih duduk 'menunggu' di atas batu putih tu. Tak tunggu lama, diorang terus blah. Alhamdulillah pendakian kami masa tu dipermudahkan. Bergambar pun puas kat atas tu.


Bila ramai gegirls memang banyak kali snaplah.


Lagi dan lagi.  Lain-lain handphone lepas tu semua share di group.

Dan pilihlah yang mana tercantik dan terlawa untuk dishare di medsos masing-masing.



Bersama bos-bos (yang lelaki) bergambar di Rumah Api Tanjung Tuan. Nak masuk dalam tapi pagarnya masih tutup. Mungkin kami naik di awal pagi kot.


Kerja kerja jugak. Tapi kena seimbanglah kan? Bukan apa, portfolio saya ni dulu memang boleh bikin stress kalau silap strategi. Apapun, memang banyak kenangan manis masa pegang portfolio yang lama dulu.





 

36 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. seronok tgk gambar2 mim
    Skrg nk hiking seriau he hee faktor umur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la kak... x fit seram jugak takut terpengsan ke kang menyusahkan org pulak

      Delete
  2. pernah juak ke sitok masa jalan2 dengan housemate ke PD dolok..then turun ke pantai cermin sia...nak nait balit bercintaaaa memanjat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh balit alu x cukup oksigen rasa.. nasib ada embak coklat.. urusetia lupak beli pisang 😂😂

      Delete
  3. hari tu office ada buat juga ke sini, tapi MA x join.... x minat sgt hiking2 ni.. penakut. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut menyusahkan org je kalau jd apa2.. hehe

      Delete
  4. Haaaaaaa... ingatkan Mim ada kat Tanah Malaya. Throwback Thursday rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Throwback je ni kak.. hujung bulan ni insya allah 🤭

      Delete
  5. Best juak pengisian bengkel ada pegi hiking. Tapi mun org sik biasa, kali malam ya alu leput sik dpt perah otak agik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Team tok mmg balance sbb xmok org keja stress.. bila meet up mst ada outdoor activity 😅

      Delete
  6. Kalau uncle dah tak daya buat keje macam ni....

    ReplyDelete
  7. Tempat akak selalu hiking masa stay di NS. rindunya! Seronok situ sebab ada banyak pilihan laluan.

    Rumah Api tu memang tak boleh masuk. Akak dah tanya, hanya grup untuk tujuan pembelajaran je yang boleh mohon untuk masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh.. ingin jugak nk tau mcm mana rupa dlm rumah api tu

      Delete
  8. Pergi sana 3 tahun lepas dengan kawan-kawan sepejabat. Best sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg yg kaki hiking mmg best.. sy yg jarang hiking ni mmg terasa 1 pencapaian sgt bila berjaya sampai ke atas

      Delete
  9. suka mendaki jugak akak ni rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa ni sbb ni atas urusan rasmi dan termasuk dlm slot pengisian bengkel.. hehehe

      Delete
  10. Lejen punya throwback ni Kakmim :D
    Bukit ni terkenal jugakan...rasa mcm pernah tgk dlm travelog di TV

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la dulu2 kan x aktif update blog.. br skrg dpt post kt blog.. nasib gambarnya masih ada lg

      Delete
  11. Lejen punya throwback ni Kakmim :D
    Bukit ni terkenal jugakan...rasa mcm pernah tgk dlm travelog di TV

    ReplyDelete
  12. bestnya. tak sampai lagi. saya bukan kaki hiking sangat

    ReplyDelete
  13. Saya pun pernah berkursus di sana beberapa tahun lalu.. dan pernah juga naik ke Bukit Batu Putih..

    ReplyDelete
  14. seronok tgk. akak dah tak berdaya dah nak daki2 ni. tgk gambar org je lah ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar lama kak.. skrg manade daki2 cmni 🤭🤭

      Delete
  15. hi. terasa seronoknya hiking 2018 tu sampai ke tahun 2023 la..
    betapa berharganya memori foto di masa lalu. ^^
    btw nnti nak pergi juga situ nak tengok permandangan indah di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kenangan sgt sbb teammate yg best jugak.. seronok lepak atas tu kalau org x ramai

      Delete
  16. empunya gambar dulu dan gambar sekarang sudah berbeza...apapun bak kata kazen kmk ....past is over dan never forget your good memories hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. dolok slim nektok sehat nak? 🤣🤣🤣

      Delete
  17. comel kakMim, ia camni sebenarnya best je hiking ni, cuma nak start tu yg adeih bercinta betul. aktiviti sihat kakMim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mmg bgs aktiviti sihat tp mslhnya bila x biasa takut plak menyusahkan org.. hihi

      Delete
  18. alhamdulillah penah jg smpi sn sbb ms tu ada family day. buat kat ilham resort tu. slps sarapan pakat ramai2 naik atas. gmbr ada tp sy buat entry pun😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik kt ilham resort ni scary jugak feelnya.. hihihi.. x jumpa dh gamba biliknya

      Delete
  19. aida da berada di puncak bukit ni :)
    kena paksa daki dgn mr.asben last few weeks ha ha ha ha...
    but the scenery dari atas bukit tu memang priceless.
    dpt la lepak beberapa minit berdua dgn mr.asben. healing :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form