Majlis Apresiasi Murid Cemerlang 2022/2023

Seminggu menghilangkan diri, takde blogwalking sana-sini. Biasalah bila sesi baharu dah bermula. Try jugak buat posting tapi tak dan nak marathon blogwalking dan tinggalkan jejak. Syok bila cuti semester panjang hari tu sehari dapat plan 3-4 entri 😂 Sekarang harap-harap dapat la nak maintain 1 posting sehari. Insya Allah.

Hari ni hari Sabtu, macam biasalah hari Kumon. Sekarang ni tengah tunggu #theIMANs dalam kereta so bolehlah buat wrap up untuk minggu ni.

Hari Khamis lepas saya dan suami menghadiri majlis di sekolah Awan dan Alan. Alhamdulillah, kedua-duanya dapat hadiah. Mula-mula Alan yang dapat jemputan dari cikgu. Risau pulak kalau Awan tak dapat, italah mereka berdua ni dah macam kembar, kalau sorang tak dapat risau sorang lagi terasa hati. Kita tak tau hati budak-budak ni. Walaupun adik-beradik tetap ada perasaan bersaing sesama sendiri. Tapi alhamdulillah Awan pun dapat jugak jemputan. Happy je balik sekolah dua-dua bawak balik tiket ke Majlis Apresiasi Murid Cemerlang.

Awan dan Alan di Sidang 2 so kami hadir ke sekolah pada jam 8 pagi untuk pendaftaran.


Trend sekarang kan guna e-buku program. Alhamdulillah Awan dan Alan dapat Anugerah Ikon Kelas. Selain tu Alan dapat Anugerah Subjek Terbaik Bahasa Inggeris dan penghargaan Ketua Kelas.


Ibu tersilap pilih port tempat duduk. Adeh 😂  Nasib baik ada tv untuk tengok live FB.


Sempatlah beli balloon coklat ni untuk diorang berdua. Akak-akak tahun 6 yang jual untuk kumpul fund last program diorang minggu depan ni.


Alhamdulillah happy Awan Alan tengok Ayah Ibu bawak balloon masa ambik diorang di khemah murid.


Boleh tahan juak panjang queue untuk bergambar di photo booth. Nak bergambar di stage memang taklah, sidang 3 lagi lama kot sebab budak tahun 6 semua ambik sijil berhenti sekolah. Kami sidang 2 pun tak habis terus balik. Sebab Ibu nak kena masuk ofis lagi, tak ambik cuti pun hari tu, mohon kebenaran keluar pejabat je.

Sempat juga bergambar di lobi sekolah, masih lagi deko CNY.


Alan jugak yang posing lebih. Hahaha!



Nasib baiklah sekolah buat FB Live, bolehlah repeat tengok. Mak dan bapak kat umah pun semua tengok FB Live. 

Semoga kenangan manis di akhir sesi ini menjadi pembakar semangat Imran dan Idlan untuk terus cemerlang selepas ni. Aameen.

 

9 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Tahniah Awan dan Alan.
    Moga terus cemerlang, berjaya di dunia dan akhirat.
    Walaupun majlis sebegini pernah mendapat kritikan negatif, tetapi ia sangat bermakna buat anak-anak kita.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Awan & Alan! Moga terus cemerlang hendaknya 🤲
    Bagus buat jualan sebegitu, boleh tambah dana sekolah 👍

    ReplyDelete
  3. Tahniah adik! Moga sentiasa cemerlang di dunia dan akhirat. Aamin...

    ReplyDelete
  4. Congratulations Awan dan Alan....semoga terus cemerlang pada sessi persekolahan akan datang ye...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah , tahniah buat Awan dan Alan serta Min sekeluarga, erm tu la kak ana pun lama tak singgah menyinggah blog adik2 nii, busy entah apa2 jer hehe :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah Awan dan Alan.
    Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Awan,Alan...moga sentiasa berjaya dunia akhirat

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah tahniah awan! 👍tahniah alan! 👍semoga next semester akan jd lebih baik dan cemerlang. aminnnn aminnnn

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form