Yee Sang
Seingat saya, kami pernah buat yee sang semasa sambutan CNY di ofis suatu ketika dahulu. Bila digodek-godek di FB, ya betul memori saya. Nasib baik ada FB yang menyimpan semua kenangan dulu-dulu.
Yee sang sewaktu sambutan CNY di ofis terdahulu, tahun 2016
Seronok jugak masa ni, gaul-gaulkan campuran yee sang ni dengan chopstick, angkat tinggi-tinggi bersama-sama. Simboliknya mungkin untuk family bonding jugak kan? Kita buat sesuatu bersama-sama keluarga, kalau di ofis tu dapat menyemai semangat berpasukan. Lepas gaul, kemudian makan pulak bersama-sama. Positive vibes sangat kan?
Adat tradisi yang positif macam ni tak salah kalau kita apply dalam kehidupan kita. Even dalam Islam pun makan berkongsi dalam talam tu kalau kita tengok hikmahnya memang untuk merapatkan ukhwah dan silaturrahim. Cuba fikirkan banyak lagi hikmah yang lain. Salah satunya konsep yang mak bapak didik kami sejak kecil dan terbawa-bawa hingga ke anak-anak kami sekarang, makan berkongsi. Bak kata pepatah, hati kuman sama diratah, hati gajah sama dilapah. Bapak selalu cakap, kalau makanan sikit tapi kita kongsi makan adik-beradik, rasa cukup je. Itu namanya keberkatan. Even ayat yang sama Encik Suami selalu nasihat kat #theIMANs. Alhamdulillah, walaupun sedikit tak pernah #theIMANs bergaduh adik-beradik kerana berebutkan makanan.
Haritu member Chinese cakap ikut kepercayaan mereka, masa gaul yee sang kena angkat chopstik tinggi-tinggi yang membawa maksud untuk umur panjang dan rezeki yang banyak.
ReplyDeletedulu pernah jugak la join. now dah keja opis baru ni... x de chines so x de dah
ReplyDeletepertama dan terakhir sy mkn yee sang ms mengajar sekolah katholik dulu. since sekolah tu ramai cikgu cina jd diorg pun ajaklah kami yg berapa kerat guru melayu ni utk mkn yee sang sama2. sblm tu siap maklum kat kitorang yg yee sang tu halal sbb diperbuat drpd buah-buahan. sy terambil buah pala cincang. makk aiii manis tahap potong kaki hahahaha nasib baik ada taburan kacang...
ReplyDelete