Tips Mengemaskini Posting di Blog


Baiklah. 
Sebelum masuk meeting jam 9.00 pagi ni saya updatelah sikit kat sini. 
Lagipun nak bercerita pasal update blog juga.
Oklah tu kan menepati tema tajuk.

Sebelum ni saya ada menyatakan mood saya lari ke laut dalam nak mengupdate blog.
Tak tau punca dan kenapanya.
Ye lah.. memang macam tu kan, penulis buku pun kekadang ada writer's block jugak.
Kita ni blogger cincai pun begitu jugak.
Mungkin faktor kekangan tugas hakiki, tugasan di rumah ke yang menimbun.
Mungkin semua tu boleh menjadi punca mood nak mengupdate menjauh dan menjauh.

Tetiba semalam naik di memori FB posting dari novelis Sri Diah ni.
Kan saya dah cakap, penulis pun mengalami sindrom yang sama, writer's block.


Saya bersetuju dengan apa yang Puan Sri Diah tulis ni.
Kita ni, bila dah ada idea, nak taip, taip je.
Sebab tu saya suka update guna henfon.
Apa yang terlintas terus je taip, kalau dah takde idea sangat, boleh save dulu.
Nanti lepas basuh pinggan ke, lepas vakum rumah ke, boleh sambung balik.
Kalau di ofis selalunya idea memang mencurah-curah.
Itu pun kalau tak banyak kerja dan takde kelas.
Nanti bila dah siap taip, dah habis cerita, barulah semak balik ejaan ke tatabahasa ke.
Tapi kan, kekadang saya malas jugak nak semak balik.
Terus saja publish.
Hahaha!

Jangan marah ya kalau selalu ada typo.


20 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Ooo...agaknya sebab tu la dulu Tuan Tanah Kedaung namakucella asyik typo smp jd trademark dia la typo tu🤣..
    sy dok fikir kenapalah penuh typo..agaknya ni la antara sebab.Lagioun dulu Cella,cikgunya selalu hantar pergi kursus penulisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. jenis taip menonong gitu pastu trs publish... hehehe

      Delete
  2. sama..selalu je typo tu..kadang2 baca sendiri nya blog..eh eh.. ada typo, gie la betulkan kejab kalu rajin....kadang2 tu biar je..faham la kot readers kann.. he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. lebih kurang je kita... kekadang ayat pun mcm bunyi x betul tp terlajak publish nak buat camne 😂😂

      Delete
  3. Kalau saya pula, kadang upload gambar dulu, buat draft. Sampai sahaja mood, terus zas zas zas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastu bila semak balik.. eh eh ada draf bergambar la tp xde isi 😂😂

      Delete
  4. Akak kalau dah lama tak tulis blog, itu yang jadi malas. Macam tak terkeluar ayatnya 😄

    Bab tulis, lepas tu edit. Memang betul. Dah siap semua barulah akak buat semakan. Itu pun kadang terlepas jugak typo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan sbb blog personal manade proof reader bagai.. hihi

      Delete
  5. Oh, sy pulak tak reti, mesti nak baca semula apa yg ditaip klu typo terus edit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. bagusnya sbb tu jarang nmpk typo kat blog akak

      Delete
  6. sy mmg buat mcm tu. taip je lps tu save. tak tahu bla nak publish. kalau dah rs nk publish barulah sy check spelling atau tambah apa2 yg patut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anies punya cerita mmg panjang jarang buat posting kontot.. hehehe

      Delete
  7. eh betul la kakmim..saya pun kdg mcm ni juga kalau dah sampai idea taip je jangan berhenti,kalau dah kejap2 bhenti memang hilang mood nak menulis

    ReplyDelete
  8. SA setuju...memang macam tu la cara SA menulis sebab tu adakala korang perasan yang SA ada banyak typo...hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala.. kite faham.. kite pn mcm tu jugak selalu typo.. lagilah kalau type guna hp.. x perasan tertekan huruf lain 😂😂

      Delete
  9. Akak sebelum post biasa akan check dulu tapi kekadang ada juga yang typo, don't care lah hahaha.. malas nak edit semula 😁😁

    ReplyDelete
  10. sebab tu la aida di jarang2 update blog.
    tapi, dlm draft folder ada berderet2 cerita konon nak publish.
    ada idea terus taip. beri tajuk ringkas. save :) ha ha ha ha...
    ada masa, baru la bina ayat yg betul.

    ReplyDelete
  11. sy kalau ada idea mmg terus taip.. tetapi selalunya sy tulis draft outline di buku nota dulu

    ReplyDelete
  12. ini benar. Saya pon macam itu kalau dah mula menaip susah betul dah nak berhenti tapi masa nak mula tu makan masa sikit.hahahha.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form