Sarapan Nasik Aruk dengan Dabei

First of all nak mintak maaf dengan MamaCella sebab post cerita buah dabai lagi.
Nak cerita sebab rezeki terpijak malam tadi.


Alkisahnya...
 Petang semalam balik kerja saya terus call Encik Suami tanya nak masak apa malam tadi.
Saya dah ketandusan idea dah, ayam dah defrost dah tapi idea nak masak apa tak ada.
Macak kicap dah, kari dah, sup dah, goreng dah.


Encik Suami cakap, buat tomyam je.
Haaaa... baiklah!! 
Tak teringat pulak Alan yang suka tomyam.
Tengah sibuk di dapur, terdengar pintu rumah diketuk.
Bila saya jenguk, Encik Suami je ada kat pintu.
Sekejap lepas tu Encik Suami datang ke dapur tunjuk seplastik buah dabai.
"Mirza bagi," katanya.
Eh, balik rupanya adikku yang di Miri tu rupanya, monolog saya dalam hati.
Mesti ada kerja lah tu sebab tu balik.


Bila saya belek-belek plastik buah dabai,
Alhamdulillah... besar-besar sungguh buahnya.
Tak taulah dabai dari mana, sebab suaminya yang beli katanya.

Besar-besar dan masih bergetah lagi.


Tanya Encik Suami, "kitak mok makan dabei kah?"
"Mestilah maok", jawabnya.
"Tapi kan masak tomyam sik sesuailah", sambung saya pulak.
"Sik apa, rendam jak, gik baru dabei ya," kata Encik Suami.
So saya pun rendamlah untuk kami laki bini.
Sebab dia cakap dia nak 3 bijik, saya pulak nak 4 bijik.
Hahaha!


Kuning isinya gais.
Saya makan nasik dengan dabei je, tomyam boleh simpan untuk lunch tengah hari nanti.
Hahaha!


Cicah kicap Mahsuri pedas, pecah-pecahkan lagi cili merah dan hijau. 
Auumm!


Lebihan nasik malam tadi saya buat nasik aruk.
Makan dengan dabei kicap lagi.
Awal-awal pagi dah merendam dabei lagi.
Makan depan pc di opis, macam biasalah.



Tips nak memastikan isi buah dabai tu ok ke tak, tengok pada bahagian tangkainya.
Tangkai ke nama bahagian ni? Saya pun tak tau.
Kalau kuning, maka kuninglah isinya.
Isi kuning ni selalunya berlemak, argh sedapnya!
Ratah saja pun sedap, tapi kena rendam air panas dululah.
Kalau tak rendam memang keras tak boleh gigit pun.


Saya nak share sikit nasi aruk Sarawak.
Nasik aruk ni nasik goreng je sebenarnya.
Tapi senang gilalah bahan-bahannya.


Nasik Aruk Sarawak

Bawang merah
Bawang putih
(Kuantiti nisbah bawang merah : bawang putih = 2 : 1)
Ikan bilis (optional)
Garam 

Cara mengaruknya:

1. Lebihan nasik dihancur-hancurkan dan digaul sedikit garam
2. Panaskan minyak, anggarkan dengan kuantiti nasik
3. Goreng bawang merah dan putih sampai naik bau, tapi jangan terlalu garing
4. Masukkan nasik yang telah digaul garam
5. Masukkan ikan bilis macam tu saja, yang ni cara saya, kalau mak buat memang tak letak pun
6. Gorenglah sampai nasik merecik-recik dari kuali
7. Lagi lama atas dapur lagi sedap!
8. Siap!!

Nasik aruk macam ni sedap dimakan dengan ikan bilis, tuang kicap dan sikit cuka atau perah limau dan wajib cili padi yang dipecah-pecahkan (kalau orang Serawak, kami cakap, cabik padi yang dipirit-pirit). Fuh, memang mabeles, kalau mak saya pair lagi dengan air kopi kampung (kopi yang dikisar). Tapi sayangnya saya tak minum kopi. Hihihi.









 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. tq for sharing resipi nasi aruk tu. new info buat aida.
    and dabai. tak pernah rasa. and tak pernah jumpa di melaka ni. maybe tak perasan.
    tapi alhamdulillah la, kalau jumpa di mana-mana, tau dah nak makan camne :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu org sana mtk diposkan dr sini buah dabai ni aida.. hehe

      Delete
  2. Tak pernah lagi jumpa dan rasa buah dabai ni. Tapi tengok isinya tu, macam kecur pulak airliur 🤣.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ssh nk explain rasanya.. hihihi.. dtg sini kalau betul timing musimnya boleh la rasa

      Delete
  3. Lama tak makan dabai. Harap-harap nanti kalau ke Kota Kinabalu, terjumpalah di mana-mana gerai buah di Kundasang, dapatlah membelinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ye di kundasang kak? Sy pulak rindu kundasang.. rambang mata beli buah dan sayuran

      Delete
  4. nangis sukut katil kmk tgk dabai ya. kacak gilak, tebal gik isinya huhu...

    ReplyDelete
  5. Feberet Kak Min tu ye. Ntah bila lah ibu nak merasa buah dabai tu ye kak. Kena pegi sana lah kot akak tlg ajarkan mkn dabai. Hihihihi

    ReplyDelete
  6. Kiranya maksud aruk adalah goreng?
    Unik caranya, sebab perlu gaul dengan garam sebelum digoreng.

    ReplyDelete
  7. new knowledge baca entry ni..hehe.. 1st time dengar buah dabei pas tu nasi aruk..buah dabei tu mmg tak pernah makan..nasi aruk tu rupanya nasi goreng...

    ReplyDelete
  8. Dulu ada adik keja kt miri. Adik pernah bawak balik (Kelantan) buah dabai ni 2kg. Adik tak bagitau cara nk makan, kami gigit mcm mkn buah biasa. keras, kelat rasanye. lps tu takde sapa yg makan, terbuang macam tu je buah dabai 2kg tu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form