Review Multi-Function Pen Bag Beli Dari Shopee

2 minggu lepas Kakak Iman mintak belikan pencil case dari Shopee. Biasalah dia ni kalau nak sesuatu mesti tanya dulu boleh ke tak. Bila saya bagi green light, pantas dia terus bagi link Shopee kat Ibu. Dia dah aim awal rupanya. Harganya takdelah mahal sangat pun, kebetulan ada flash sale jugak. Tapi masalahnya kalau beli 1, rugi pulak kos shipping dah nak sama dengan harga barang. Itulah masalahnya kalau beli dari Shopee. Hmm..

Inilah pencil case yang Iman nak. Dia nak warna kelabu. Mulanya dah takde stock bagi kedua-dua saiz. Saya hold je dulu. Nak tunggu jugak kaler kelabu.


Design dia macam ni. Takdelah grand sangat. Saya perasan Iman ni memang simple orangnya. Kalau beli barang dia tak suka benda yang fancy sangat, tak suka barang yang menonjol sangat, lebih kurang macam Ibu lah tu. Harga pun dia selalu berkira. Takmo yang mahal sangat. Kalau dia nak benda mahal, dia nak guna duit sendiri. Tapi duit sendiri tu duit dari Ayah Ibu jugak. Haha!


Sebenarnya ada 3 pilihan warna. Dan Iman memang tak suka warna pink. Kalau purple okay tapi jangan pink. Sebab tu dia frust kelabu habis. Tapi bila saya usha lagi keesokkan harinya, eh warna kelabu dah in stock. Terus saya add to cart. Masalahnya kos shipping pulak rasa rugi bila lebih kurang dengan harga barang. So penyelesaiannya daripada taknaknrasa rugi, saya pun belilah jugak untuk diri sendiri. Tapi saya pilih yang saiz besar, warna hitam. Nah, terus dapat shipping seringgit je tolak diskaun.


Baru puas hati dapat kos shipping seringgit . Shopee pun dah kedekut sekarang susah nak bagi free shipping. Kos shipping seringgit, anak dapat mak pun dapat. 


Hari Isnin dah sampai. Sekejap je penghantaran. 
Kelabu untuk Iman, hitam untuk Ibu. 


Memang sama seperti dalam gambar. Saiznya memang cukup besar. Kualiti material pun helok. Keras dan tahan lasak.


 
Apalagi Iman pun terus tranfer harta karun dia dari pencil case lama ke yang baru. Kalkulator dan gam pun masuk sekali. Nampak lagi kemas dan tersusunlah bila guna yang ni. Saiz kecil ni memang sesuai untuk budak sekolah.


Ibu pun sama, terus bawak ke ofis tak sabar nak tranfer barang ke yang baru ni. Semangat nak masuk kelas sesi baharu ni nanti. Haha! Memang perangai macam budak sekolah jugaklah. Selalu kalau nak naik sesi baharu mesti kena ada sesuatu yang baru jugak. Adoi lah Ibu.


Saya letak 3 pen berlainan warna je. Pen atas meja lain, pen dalam handbag lain. Di mana-mana kena ada stok pen.


Bahagian bawah kita simpan marker 3 warna.
Marker pun dah siap refill dah. Semangat tu kena ada. 
Maklumlah benda baru kan? Hihi.


Eh, manalah tau ada yang berkenan, link Shopee di sini: 







 

15 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. menarik. berkenan jugak ni. nak kaler pink.hehe. semoga ada pencil box baru ni Ibu dan Kak Iman lebih bersemangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh tekan link tu ke? 😂😂

      Delete
    2. haha. belum. sebab bila renung balik stationery saya pen 2 batang je

      Delete
  2. Iman ni sebijik Kyra..dia lebih prefer purple rather than pink.. barang pun semua yg biasa, yang boleh digunakan unisex...tak suka benda girlie2 type ni. mujur jalan masih ayu...ahakss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sgt tu ammi.. bertudung tp boyish 🤭🤭😂😂

      Delete
  3. besar, senang sumbat semua alatulis. Auni pun ada, cuma sekarang dia bawa 1 beg selempang, hahaaa satu beg just alatulis. malas gila nak pinjam alatulis dia, sebab nak kena korek. now, dia minta watercolor ada 30 warna, pitammak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... layankan aje... adalah projeknya tu kot kalau dh 30 warna tu

      Delete
  4. Bolehlah belikan utk si bdk Aqil nanti.
    Dia suka jgk jenis yg mcm ni.
    Semua benda bleh letak setempat.
    Tq Kak Mim share link. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila... beli sikit² nnt x kalut masuk skolah bln 3 nnt

      Delete
  5. Alaaaa...SA berkenan gak ni...tapi nak kaler pink..apesal minat pink je skrg x tau la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soft je pink nya kan? sy takut kotor je sbb confim bawak ke hulu ke hilir... tu lah pilih hitam.. kotor pn x nmpk

      Delete
  6. Sesi baru semangat pun baru.. jadi kena ada something yang baru.. yeah.. tak terfikir pulak untuk masuk ofis begini, biasa sediakan peralatan baru untuk anak2 je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... self reward kak... nk motivate diri sendiri

      Delete
  7. Terus Sha usha.. nak belikan untuk budak berdua tu.. Lebih kemas kalau macam nie..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form