Pisang Goreng Panas Cicah Sambal Kicap Pedas

Balik dari ambik Iman di sekolah selalunya kami berdua akan singgah shopping pisang goreng sebelum balik di rumah mak. Dah laluan ke rumah mak memang kena lalu kedai yang jual pelbagai jenis cucur memang taklah menolak rezeki. Hihihi. Lagipun cucurnya panas-panas, kadang-kadang kena tunggu sekejap kalau cucur masih lagi dalam kuali.

Minggu lepas kot tak ingatlah saya baca dari blog siapa, makan pisang goreng dengan sambal kicap. Semalam balik rumah mak bawak pisang goreng ni dan kebetulan macam ada jodoh pulak, ada sambal kicap pedas atas meja makan. Apalagi saya ajak bapak makan pisang goreng cicah sambal kicap pedas. Fuh memang menyengit! Pisang goreng pun masih lagi panas, sambal pulak pedasss! Memang mabeles mabeles!



Tiap hari makan pisang goreng pun on! Abang lagilah memang love habis dengan pisang goreng. Balik KAFA mesti mintak belikan pisang goreng. 

12 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. johorean style ni sedap sulam pula dengan teh o panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul.. mula mcm pelik dgr tp bila dh try mmg sedap

      Delete
  2. Pergh!! Gandingan yang padu.. Tapi kadang-kadang boleh jadi tak best bila pisangnya muda lagi da digoreng.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Eh..eh..kita teringin la nak makan goreng pisang cicah kicap pedas ni ha....

    ReplyDelete
  4. fuuhhhh sedap! org johor suka ni.. hihi

    ReplyDelete
  5. ni sambil makan kalau sebut, bunyinya.. hoheng hisang hanas

    ReplyDelete
  6. Dana ada kongsi resepi buat sambal kicap dekat FB dana kak hhehehe... orang johor memang cicah pisang goreng gn sambal kicap gini lah

    ReplyDelete
  7. kamek dolok first makan pisang goreng dengan sambal dekat labuan..haha..keluar sarawak terkejut ada cicah sambal..datang johor, cicah sambal kicap pulekk..

    ReplyDelete
  8. layan..dulu sis tak reti makan pisang goreng cicah sambal kicap ni tapi bila dah try sekali..layannn..hehe...

    ReplyDelete
  9. Wah... sedap, sedap! Lagi satu, buat pulak kopi o panas. Peh...

    ReplyDelete
  10. Aduhai terliur kita tgk sambal kicap tu Kak Mim. ;)

    ReplyDelete
  11. Dah "dewasa" ni baru reti makan pisang goreng dengan sambal kicap. Dulu biasa makan plain je. Sedap pulak tu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form