Pernah tak rasa bosan dengan template Powerpoint/Google Slides sedia ada? Kalau bertahun-tahun menggunakan aplikasi persembahan tersebut memang akan ada rasa fed up tengok benda yang sama sahaja. Dulu di FB pun pernah viral orang share template percuma untuk Powerpoint. Tapi saya tak pernah try pun sebab saya dah jumpa satu laman web yang mabeles ni. Saya pun tak ingat macam mana saya tau berkenaan Slidesgo ni tapi seingat saya, saya dah mula guna sejak tahun 2019 lagi. Dan bila PKP, kita pun banyak menggunakan medium online sebagai medium kelas, mesyuarat, taklimat, lagilah saya banyak menggunapakai template percuma dari Slidesgo.
Muat Turun Template Percuma di Slidesgo
Rahsianya, korang boleh muat turun template percuma yang cantik cun-melecun di www.slidesgo.com
Nak menggunakan template di Slidesgo, korang boleh pilih sama ada nak daftar email ataupun tidak. Kelebihan kalau kita daftar dengan email, korang boleh muat turun 10 template secara percuma dalam masa sebulan. Kalau korang tak daftar, alamatnya korang terhad untuk muat turun 2 template sahaja ya. Jangan cakap saya tak payung pulak eh. Oleh itu, better sign up saja kalau nak guna servis daripada Slidesgo ni. Percuma je.
Di Slidesgo, ada beribu-ribu pilihan template dari pelbagai kategori. Pendidikan, kesihatan, pemasaran, infografik, semua ada, terpulang lagi kepada kreativiti korang untuk berkarya. Dan yang paling best, template di sini kita boleh pilih sama ada nak guna di Microsoft Powerpoint ataupun di Google Slides.
Muat Turun untuk Kegunaan di Google Slides
Jika kita memilih untuk menggunakan template yang dimuat turun di Google Slides, pilih saja option Google Slide dan template tersebut akan automatik masuk ke dalam Google Drive kita. Bila dah ada di Google Drive, korang dah boleh edit dah template Google Slides tersebut.
Muat Turun untuk Kegunaan di Microsoft Powerpoint
Manakala jika kita memilih template untuk digunakan di Microsoft Powerpoint, klik saja option Powerpoint dan ianya akan terus dimuat turun di dalam desktop ataupun laptop korang. Bila dah ada di desktop, korang rename saja nama fail dan bolehlah mula mengedit. Mudah kan?
Proses Mudah 1-2-3 Memuat Turun Template di Slidesgo
LANGKAH 1 - Cari template yang anda kehendaki berdasarkan kategori, ataupun kalau ada banyak masa terluang korang scroll saja 1 persatu template yang sedia ada.
LANGKAH 2 - Bila dah jumpa template yang berkenan di hati, klik pada template tersebut dan paparan template akan terpapar seperti ini.
Tutorial Bagaimana Menggunakan Slidesgo
Kalau korang tak biasa godek-godek, nak kena tengok demo jugak macam mana nak guna Slidesgo ni, korang boleh tengok video tutorial yang telah disediakan oleh team Slidesgo di https://slidesgo.com/faqs#videotutorials_faqs
Tapi kalau kita dah biasa menggunakan Powerpoint dan Google Slides, rasanya tak ada masalah pun lepas muat turun template di Slidesgo sebab proses seterusnya macam proses pengeditan biasa je. Insya Allah, slaid korang akan wow lepas ni. Selamat mencuba ya. Semoga perkongsian saya ni membantu adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang yang sedang tercari-tercari template untuk slaid pembentangan korang.
Terima kasih Slidesgo!
terima kasih kak mim atas perkongsin ini. sy jrg guna powerpoint...tp lps ni akan rajin2kan diri lah ye...
ReplyDeleteaahh senang lah ada slidesgo mcm ni. mudah kerja! tqqqq
ReplyDeleteBenda bagus ni. Tq3
ReplyDeleteBarang baek ni... TQTQ
ReplyDeleteaida pun amik dari ni sometimes.
ReplyDeletememang bermain dgn powerpoint.
ngajar kan.
but, malangnya, thn ni ada template.
tak boleh nak main-main buat gaya sendiri dah.
kena ikut perintah am jabatan dah :(
Comel slidenya.. ;)
ReplyDeletecantikkkkkk tp tu laa kerja sy cuma edit ppt je... template diorg dah buat siap2...menciiii
ReplyDelete