Memandangkan sekarang masuk Zohor pun lambat, Encik Suami ajak makan kat luar je sebelum balik rumah. Nanti balik rumah boleh rest. Tak perlulah rushing nak masak. Saya pun ok je lah yang penting malam kena masak sebab tekak rasa nak makan masakan homemade yang sendiri masak. Haha!
Balik je ambil semua #theIMANs kami pun jumpa di Mammy's Kitchen berhampiran area rumah kami. Awan, Alan dan Abang dengan Ayah dan kakak dengan Ibu. Asing-asing kereta ikut jantina. Haha!
Semua ahli mesyuarat hadir. Hahaha! Sementara tunggu order sampai, apalagi sesi berwefie lah dulu. Ini bukan kali pertama kami lepak makan di sini, rasanya adalah 3-4 kali tapi try makan di stall berbeza. Stall nasi kukus & nasi kak wok sebelum ni memang tak menghampakan tapi hari ni tutup pulak.
Encik Suami try order nasi ayam penyet. Tengok sambal dah menghampakan dah. Dia cakap makan untuk habiskan je. Nak repeat lagi lepas ni macam tak. Baiklah, saya pun takde mood nak merasa.
Saya pulak try mee jawa di stall yang sama dengan stall nasi ayam penyet. Nasib baiklah okay walaupun banyak giler taugeh. Mulanya macam tak berapa lapar sebab tu order mee. Sekali saya pulak yang paling kenyang sampai ngantuk terus tertidur bila sampai di rumah.
Alan pulak nak makan roti Arab. Pun not bad.
Kuah karinya sedap dan pekat. Harga RM4.
Yang lain-lain order menu rasmi mereka, nasi goreng ayam.
Ibu pulak rasa tak larat nak orderkan menu ni, diorang ni macam tak reti jemu je order dan makan nasi goreng ayam.
Selesai makan saya dan Iman pergi beli lauk basah di pasar tamu sebelum singgah beli donut kak R. Hihihi. Yang lelaki terus balik rumah.
Sedap donut kak R ni. Tapi cepat habis. Nasib baik hari ni tak habis awal sempatlah membeli.
Tengok mee jawa tu menarik kak mim. Hihihihi!
ReplyDeleteKalau kt sana mee rebus rasanya
DeleteDonut tu sebagai pencuci mulut ke kakmim? hihi
ReplyDeletePlannya mcm tu lah tp sampai rumah x larat nk mkn.. ambik 2 ketul bwk bekal ke ofis utk minum ptg kt ofis 😂😂
DeleteSempat kakmim balik waktu rehat ya, biasa berapa lama lunch break tu?
ReplyDeleteJumaat masuk balik 2.30.. xdelah jauh sgt ofis-rumah dlm 15-20 min je kak
DeleteHati2 makan berkuah... Baju sekolah tu...!
ReplyDeleteNi kita suka, makan siap2 sebelum balik.. hihi.
ReplyDeleteNampak tak bermaya sambal ayam penyet tu.
Mesti sedap sungguh donut kak R tu, sampai cepat habis.
ReplyDeleteMuka kakak seiris muka Mim. Mim junior..hehe
mee jawa cam sedap, nasi penyek tanga je dah out
ReplyDeleteNampak sedap plak mee jawa tu
ReplyDeleteyang sama menu nasi goreng ayam ya senang mok order.. Nasi goreng ayam 3 igek please. hehe
ReplyDeletesy tercari2 gambar donut kak R tu...
ReplyDeleteAla.. kenapa sambal dia macam tu.. Terus tak fee nasi ayam penyet..
ReplyDeleteset nasi gitu, sambal wajib sedap.
ReplyDeleteif not, akan kosong la meal tu kan.