Hari Sabtu hari yang busy dengan aktiviti #theIMANs. Mengaji, Kumon, silat. Tapi semalam silat ditangguhkan.
Semalam selepas Kumon memang plan nak terus lunch kat luar. Paling senang pergi makan di restoran Balado bersebelahan Kumon Centre. Ini kali kedua kami lunch di Balado, Metrocity. Sejak Kumon Centre #theIMANs ni dah berpindah di Metrocity, memang banyak pilihan kedai makan yang kami boleh terjah. Almaklumlah Metrocity ni banyak kedai makan sampai tak tau nak makan di mana. Tapi bukan Balado ni saja, ada 2 lagi kedai makan yang bersebelahan. Yang 2 lagi kedai tu kami belum explore lagi.
Kedai makan ni dah nama pun Balado, signature kedai pun memang lauk balado. Rambang mata dibuatnya. Rasa macam semua nak makan.
Tapi yang paling menarik hati ialah kari ambal ni. Ambal atau pepahat ni seafood yang tiap-tiap hari belum tentu ada. Sebab tu lah bila nampak je terus terbukak biji mata. Haha!
Lepas tu kami ambik sayur tauge, daging balado dan ikan keli balado. Puas hati makan dapat ikan keli dan ambal. Bukan selalu dapat makan ikan keli. Lagipun ikan keli ni pun tak baik dimakan selalu.
Sebenarmya kami berdua suami-isteri berdua makan dulu, teringin jugak nak ambik feel makan tanpa gangguan anak-anak. Hihihi! Selesai saja #theIMANs Kumon, kami berdua pun selesai makan dan boleh dah serve #theIMANs pulak dah.
Lauk pilihan mereka ayam goreng dan kari ayam. Iman nak makan ikan keli tapi habis pulak. Sotong goreng tepung guna sotong jenis besar pulak semalam, terus diorang tak berminat.
Alhamdulillah selesai. Kita kemaslah dulu meja sebelum beredar. Sekarang ni nampak pelik kalau lepas makan di kedai, customer tak reti nak kemas-kemas pinggan mereka. Tak salah pun kalau kita mudahkan urusan orang lain. Hmm..
Total damage untuk lumch semalam RM75.00 untuk 6 nasi putih, lauk-pauk dan 4 gelas air. Mungkin sebab berhidang. Sebelum ni rasanya RM50 lebih je, masa tu kami ambik nasi campur. Satu lagi guys, ice lemon tea sini sedap! Baru je saya nak berjinak-jinak kurangkan minum air manis dalam 2 minggu ni, tapi takpelah sebab weekend kita cheat day je lah. Heeee.
Tags
Food Review
Sedapnyaa makan2
ReplyDeleteSemua menu sedap2 Kak Mim. Ibu suka tengok org kemas meja mkn sebelum beredar. Kalau si budak Aqil siap pakej masuk kan blk kerusi bawah meja x dibiarkan gitu saja. Hahahaha!
ReplyDeletePertama kali tengok pepahat masak kari. Nampak menarik. Biasa jumpa masak tumis je.
ReplyDeletesebagai peminat ikan keli, lauk belado tu mengugat seleraaaaaaaa
ReplyDelete