Baru hari Khamis hari tu ke airport. Hari ni hari Ahad ke airport lagi. Nasiblah.
Balik saja Abang, Awan dan Alan mengaji kami terus gerak ke airport. Kami lambat sampai, adik-adik dah sampai awal dengan mak dan bapak. Kali ni kami hantar adik yang mengajar di Kapit balik semula ke Kapit. Tapi kali ni, mak dan bapak pun ikut sebab ada yang nak diperbetulkan di kuarters adik di sana. Nak tunggu sekolah repair memang lambat lah.
Yang tak pakai facemask semua yang kena tinggal. Perjalanan dari Kuching-Sibu naik flight 1 jam je. Lepas tu dari airport Sibu naik bas pulak ke Kapit, 3 jam. Nasiblah jalan Pan Borneo Sibu-Kapit dah siap. Dulu semuanya naik bot ekspress dari Sibu ke Kapit. Keesokkan harinya pulak barulah mak, bapak dan adik balik ke sekolah di Nanga Pelagus. Tapi tak sure pulak mereka naik bot ekspress atau guna 4 wheel yang disewa guna jalan balak. Hihi. Lupa pulak tanya.
Boleh tahan ramai jugak orang di airport. Mungkin esok masih ramai jugak sebab besok last long weekend dan cuti sekolah.
Perlepasan domestik ni tak strict sangat. Tak perlu lalu kaunter imigresen pun just pemeriksaan luggage dan badan saja.
Macam biasalah bila orang yang dihantar dah selamat melepasi balai pelepasan barulah kami beredar dari airport.
Ini merupakan kali pertama mak dan bapak sampai di Kapit. Kalau tak ada adik yang dapat posting di situ rasanya memang susah kami nak menjejakkan kaki di Kapit. Semoga dipermudahkan perjalanan mereka ke Nanga Pelagus pulak keesokkan harinya.
Uish..jauh juga Kapit dengan Kuching.1 jam flight dah macam KL- Alor Setar.3 jam naik bas dah macam KL-JB..Dua-dua perjalanan tu macam Kedah -Johor.Luasnya Sarawak.
ReplyDeleteSemoga semua dimudahkan urusan .
Kalau kuching - sibu guna jalan darat 6 jam.. sibu - kapit 3 jam... mmg jauh.. hihi.. terima kasih kak
DeleteSemoga dipermudahkan urusan mereka. ;)
ReplyDeletejauhnya ke kapit ye..baca pun dah terasa penatnya perjalanan
ReplyDeletemenyesal dulu x g sibu ms mak cik bertugas kat sana 3 thn. skrg dah pencen blk kl. kalau x mesti sy dah smpi Kapit...nak naik bot lama2 mcm yg selalu sy tgk dlm tv tu😀
ReplyDelete