How's Your Day Today?


First day kerja di tahun baharu, dah masuk 2 meeting. Besok 1 lagi. Dah tak dan nak blogwalking di ofis. Waiting time menunggu Iman balik sekolah pun dihabiskan dengan merehatkan mata dan minda. Jadi tak sabar pulak menanti kehadiran Jumaat.

Bila hari sekolah, saya memang akan sampai ofis sebelum 7.30 pagi. Kalau sampai sebelum 7.30 pagi, pukul 4.30 petang dah boleh balik dah. Tapi tadi alang-alang nak setelkan report yang perlu dihantar, terlajak balik jam 5.00 petang. Kalau balik jam 5, confirm kereta dah banyak di jalan dan perlu queue sana-sini. Nak buat macam mana, sendiri yang cari pasal.

Sebelum balik rumah sendiri macam biasa kena pick up #theIMANs kat umah nenek diorang. Walaupun nenek tak ada sebab di Kapit tapi ada mak usu diorang di rumah. Tapi tengah hari saya balik jugak sebab hantar Iman balik rumah mak.

Sesampainya petang tadi, kesian pulak tengok pemandangan bawah ni.

Semua dapat tengok je jiran-jiran main bola kat depan rumah. Hahaha!  

Pandai pulak diorang takut nak keluar sebab Usu diorang tak benarkan. Kalau tak, dari jauh lagi dah tengok Awan, Alan, Abang, Iyul dan Aydin ni berkejaran mengejar bola. Kadang-kadang main badminton.

Seronoknya jadi kanak-kanak. Terutamanya lelaki. Dalam kepala diorang mainnnnn saja. Dah bagitau ada ujian minggu depan, tapi sorang pun tak risau. Kalau perempuan lain sikit, skema. Macam kakak diorang.


Macam mana pulak hari korang? 


 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Comelnya masing2 sebaris macam tu, mesti tak sabar keluar main. Sempat ke mereka main petang waktu weekdays?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau xde kafa panjang je masa diorang nk bermain... cuma kalau maghrib masuk awal je lah masa terhad

      Delete
  2. habis kerja 4.30 tapi sebab nk menunggu Pia habis Kafa pukul 5 terpaksa juga hadap jalan jam.sampai rumah dah pukul 6 ,ulang alik keluar masuk dapur dah maghrib..sehari2 tu rasa cepatnya masa berlalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau xde kafa, aman sikit dunia. Semalam rabuxde kafa sbb tu lenggang-kangkung sampai terlajak... haha

      Delete
  3. Adui, Mak Usu lagi garang dari nenek ke? Sebenarnya Mak Usu sayang korang tu, tu tak bagi keluar, hehehe.

    ReplyDelete
  4. alolo mama yg tgk gambar pemandangan tu pun rasa kesian sgt. tapi bagus la budak2 ni dengar kata

    ReplyDelete
  5. today 12hb.
    dari 1hb ke hari ni = busy days!
    awal tahun yg produktif, alhamdulillah.

    aida mesti keluar ofis sebelum 4.45 ptg jugak jugak.
    lewat dari tu, bakal jem la jalan balik rumah.
    sampai rumah lebih jam 6 ptg tau hu hu u hu hu...
    sedangkan lewat tu kekadang 5-10 minit je.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form