Hadiah Top Commentator dari Kak Ret

Ehem! Kita throwback sikit yek


Terima kasih Kak Ret!!

Walaupun saya berada di tangga ke-10 tapi terpilih pulak dapat hadiah Top Commentator di blog Kak Ret bulan Disember yang lepas. Terima kasih Kak Ret aka Nina kesayangan Uyum.


Balik kerja petang tadi nampak parcel J&T cantik jer landing atas meja umah mak. Kalau ada banyak parcel sampai, tak adanya dok atas meja gini. Semuanya di lantai je, tak kuasa bapak I nak melayan. Hahaha!! Itu je lah keja bapak, mengumpul parcel yang dihantar JDT/Pos Laju. Bertabahlah bapakku, dah anak ramai perempuan, suka sangat shopping online. Belum lagi menantu yang tumpang postage umah tu jugak. Haha!


Terus unboxing parcel dari Kak Ret. 
Tadaaa!! Eksklusif sangat ni siap ada box dan beriben bagai. 1 lagi tu beg comel dari Hatyai.


Comel tak? Comel tak?
Terima kasih Kak Ret.


Dah dapat agak tak apa yang ada dalam kotak Jovi?
Tadaaa!! Customised keychain dengan nama 'Kakmim'.
Adik bongsu tengok je saya unboxing kotak Jovi, "Kak Ira beli kah?"
"Sik lah, kawan blogger Kak Ira berik"
Macam mana Kak Ret ni pilih kaler keychain sebijik warna henfon saya ek? Hahaha!



Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi Kak Ret. Semoga ukhwah kita berpanjangan, dipermudahkan urusan Kak Ret sekeluarga, dilindungi Allah selalu. Lama dah sebenarnya follow blog Kak Ret ni. Dari blog lama saya dulu lagi dah follow, nickname masa tu pun nickname budak-budak rasa best, maklumlah zaman masih muda trang-tang-tang. Haha! Masa tu zaman kegemilangan Msjbox En Jun, founder Msjbox yang juga suaminya Carneyz. Blogger dulu-dulu tau la tu Msjbox ni. Hehehe. Aktif jugak blogger yang guna Msjbox ni dulu, selalu je gathering, tapi saya taklah, saya jauh di Bumi Kenyalang mampu tengok gambar dan baca je lah dari blog diorang. Hehehe. Ah, kenangan. Terus KLMJ.


Tak lupa jugak terima kasih semua yang selalu berkampung dan berkomen di sini. Maaf jugak kalau ada blog yang saya tak singgah setiap hari, kekadang terpaksa marathon juga baca blog kawan-kawan semua. Kadang-kadang baca je tapi tak tinggalkan jejak. Semoga urusan semua sahabat blogger yang jauh di mata dekat di skrin dipermudahkan Allah SWT. Aameen!!

 

35 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. wah..congrats...cantik hadiah nya.. color pun...love sgt!!!

    ReplyDelete
  2. Cantiknya beg & key chain tu 😍
    Tahniah Mim 👏

    ReplyDelete
  3. Tahniah Mira!
    Nampak istimewa sangat hadiah tu tau.

    ReplyDelete
  4. tahniah tahniah tahniah! lawaaaa kaler customised key chain tu...

    ReplyDelete
  5. wah exclusive sangat ni...yg bumi kenyalang dah sampai ye...yg di Kuantan belum terima..

    ReplyDelete
  6. Seronok baca apa orang dapat. Haha. Tahniah.

    ReplyDelete
  7. Wah, eksklusif hadiah ya. Tahniah! :)

    ReplyDelete
  8. ALHAMDULILLAH...rezeki dan semoga murah rezeki Ako Retna yang memberi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? alhamdulillah... terima kasih kak ret aka nina kesayangan uyum

      Delete
  9. Alhamdulilah slmt juga smp ke sebrang laut nun hehehe...naik belon lg tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... terima kasih banyak kak ret... semoga kak ret dimurahkan rezeki

      Delete
  10. Tahniah kakmim!
    Lawa-lawa hadiahnya 🤩

    ReplyDelete
  11. Tahniah kakmim. Memang comel hadiah tu

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah, tahniah kak mim! cepat jak jnt hantar owh...nang bagus mun pakei jnt ke sarawak dari semenanjung

    ReplyDelete
  13. i jeles. ok bye!
    tahniah kakMim. betul la tu, kita berkenalan melalui msjbox tu. samaaa...

    ReplyDelete
  14. Tahniah Kakmim, cantik hadiah tu.

    ReplyDelete
  15. alololo customize keychain jovi :)
    nice tu, kakmim. tahniah!
    moga terus aktif blogging & blogwalking ye.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form