Cuti Tak Dirancang, Mammy's Kitchen & Tukar Kad ATM


Hujan lebat dari awal pagi tadi. Macam belum ada tanda nak berhenti. Pagi tadi dah semangat bersiap awal nak masuk ofis di tahun baharu. Tapi malang tak berbau tetiba kereta tak dapat start! Ah sudah! Call Encik Suami yang dah gerak hantar Kakak Iman, Awan dan Alan. Bagitau Encik Suami balik ke rumah semula lepas hantar Kakak sebab nak kena hantar Abang.

Setel hantar Abang, kemudian ke sekolah Awan dan Alan pulak. Lambat pun lambatlah, dah bagitau Awan dan Alan nanti inform saja cikgu kereta problem. Awan dan Alan yang paling win pagi ni, semua sekolah diorang pergi. Mula-mula sekolah Kakak, lepas tu sekolah Abang kemudian baru mereka pulak ke sekolah. Nasib baiklah mood skema Awan tak keluar pagi ni. Awan ni selalunya jenis yang overthinking, mudah risau apatah lagi kes lambat ke sekolah macam ni. Mungkin sebab dah lama bercuti kot, jadi rindu nak ke sekolah.

Next, turn Ibu pulak kena hantar ke ofis. Memandangkan hujan masih tak berhenti, Encik Suami decide mohon cuti rehat hari ni. Biasalah kalau hujan kereta pun banyak, confirm akan jem dan lambat masuk ofis. Lepas Encik Suami dah dapat kelulusan verbal daripada bos, dia hasut pulak saya untuk mohon cuti rehat jugak. Serba-salah pulak rasanya. Setting dalam kepala memang nak ke ofis hari ni. Takpelah, saya check sekali lagi memo meeting, nak make sure hari ni tak ada apa yang urgent dan confirm meetingnya esok. So turn saya pulak mohon cuti daripada bos. Last sekali saya pun mohon cuti di HRMIS untuk diri sendiri lepas tu untuk Encik Suami pulak. Kecoh!!

"Next, ke mana?", tanya Encik Suami.
"Minum dululah kat area rumah, lepas tu baru setel kereta,". 

Kereta saya tu lepas dijump dia okay la balik. Biasalah kereta dah lanjut usia, sehari tak ke mana-mana, dia merajuklah.

Masih belum ramai orang di Mammy's Kitchen. First time kami ke sini. Dulunya owner lain, sekarang dah lain, nama pun lain jugak. Nampak bersih dan kemas daripada kedai sebelum ni.

Gambar kredit to FB Mammy's Kitchen


Banyak jugak pilihan menu. Selera Kelantan, selera Sarawak, selera barat semuanya ada.

Boleh karaoke jugak. Macam pernah tengok orang update di FB lepak sini petang-petang sambil karoks.

Muka masih ralat sebab cuti tanpa dirancang. Saya bukan jenis yang suka mohon cuti last minute. Ni dah awal tahun dah buat hal. Ralat.. ralat. Sampai takde idea nak order apa.

Last-last order roti kosong je. Nasib baik sedap, crunchy di luar, gebu di dalam. Kuah dal pun not bad. Terubat sikit rasa hati yang ralat.

Lepas tu barulah kami balik rumah, jump kereta, tukar baju dan ke Maybank. Bila tak dirancang macam ni lah. Ini kali kedua cubaan ke Maybank untuk tukar kad ATM Encik Suami yang dah expired. 

Mulanya kami ke Maybank Matang Jaya tapi queue mak oi sampai kat luar. Tak jadilah. Cuba nasib pulak di Maybank Satok. Branch Satok ni memang confirm ramai giler tapi kaunter sini banyak. Alhamdulillah, yang queue panjang tu rupanya untuk urusan saham. Iyalah nak check dividen ASNB la tu. Mungkin nak keluarkan jugak. Tapi yang urusan lain tak berapa nak panjang queuenya dan cepat je bergerak.

Akhirnya saya pun dapat jugak kad ATM baharu walaupun design masih lama. Sepanjang tahun 2022 memang tak dapat guna pun kad ceri bank rimau saya sebab tahun lepas saya pernah mohon online tukar kad baharu cuma kad tu tak sampai-sampai. Rupanya Maybank HQ hantar ke alamat ofis lama dulu, no wonder tunggu-tunggu tak jugak sampai. Bila call customer service diorang cakap kena pergi ke branch berdekatan kalau nak mohon pertukaran sekali lagi. Syukur cubaan kedua ke Maybank barulah berjaya tukar. Yeay!

At least cuti hari ni berbaloilah jugak walaupun tak dirancang sebab setel bab tukar kad ATM. Barulah muka ada senyum. Hihihi.

Hujan pun masih lebat, kami ada 1 jam lagi nak kena ambik Awan dan Alan balik sekolah, makanya kami makan lagi. Sejuk-sejuk hirup kuah laksa Sarawak panas-panas, pedas-pedas rempah,  sedap jugak. Alhamdulillah, selesai urusan pagi ke tengah hari di hari yang sendu dan sejuk ini.

















 

7 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Faham.... benda kalau tak di plan jadi buntu

    ReplyDelete
  2. alahai dah semangat nak masuk office tahun baru tiba2 pula ye kereta buat hal tukar baru nanti baru tau hehe

    ReplyDelete
  3. tak best cuti sorang2, berdua lg baik...hehe..Alhamdulillah, setel mcm2 perkara...

    ReplyDelete
  4. kad bank saya dah sebulan lebih expired. belum sempat lagi buat yg baru

    ReplyDelete
  5. sy pun x cuti kalau cuti terpaksa mcm ni lbh2 lg dah bersemangat nk keje hari tu...

    ni x pe. cuti then dpt mkn sedap2😁

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form